saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 06/11/2008

40 buah rumah musnah dalam kebakaran di Pulau Gaya

06/11/2008 2:44pm

KOTA KINABALU 6 Nov. — Lebih 300 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila 40 buah rumah musnah dalam satu kebakaran di perkampungan air di Pulau Gaya, di sini awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi tadi di Blok D, Kampung Lok Urai Utama, kesemua kediaman itu yang menempatkan 42 buah keluarga musnah dalam tempoh sejam.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang dipercayai berpunca dari penggunaan lilin dari salah sebuah rumah mangsa.

Penghuni rumah berkenaan Siti Jainah Elman, 41, berkata, ketika kejadian beliau dan tujuh orang anaknya berusia antara lima dan 19 tahun berada dalam rumah dua tingkat itu manakala suaminya bekerja di Penampang.

Menurutnya, dua anaknya termasuk anak sulungnya Julia Asaad, 19, tidur di bilik tingkat atas dengan menyala lilin.

“Biasanya kita tidak memasang lilin tetapi oleh kerana sudah lama tidak ada sesiapa tidur dalam bilik itu maka kita gunakan bilik itu malam tadi,” kata Julia.

Bagaimanapun, katanya, beliau lupa untuk memadam lilin berkenaan sebelum tidur dan hanya sedar apa yang berlaku apabila ibunya mengejutkannya selepas melihat api menjilat bilik itu.

Siti Jainah cuba memadam api itu tetapi gagal dan terus mengejutkan semua anaknya dari tidur sebelum membawa mereka keluar dari rumah.

Ketua kampung berkenaan, Jari Akis, 48, yang turut menjadi mangsa kebakaran berkata, beliau sedar mengenai kebakaran itu beberapa minit selepas ianya bermula dan terus memaklumkan keluarganya dan penduduk lain. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.