saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/11/2008

Kumpulan ajaran sesat sembelih kambing dikesan

KLANG 6 Nov. – Satu lagi kumpulan ajaran sesat yang mendakwa amalan mengorbankan kambing dan mengalirkan darahnya ke laut ketika air pasang boleh mengelakkan banjir, dikesan bergiat aktif di sekitar Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini.

Kumpulan ajaran sesat itu juga dikatakan akan memasak daging kambing tersebut dan memakannya beramai-ramai di tempat ia disembelih.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil yang mendedahkan kegiatan kumpulan itu berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh, kumpulan itu melakukan upacara mengorbankan kambing setiap bulan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa berkata, kumpulan ajaran sesat itu telah bergerak selama beberapa bulan tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa.

‘‘Terbaru, ia dijalankan pada Deepavali lalu membabitkan penyembelihan kambing di satu kawasan di Teluk Gong.

‘‘Mereka berharap selepas darah haiwan berkenaan dialirkan ke laut maka kawasan itu tidak dilanda banjir kilat akibat air pasang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Rahman mendakwa ada di antara jemaah masjid di sekitar Teluk Gong menganggotai kumpulan terbabit.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa agama Selangor bertindak tegas terhadap kumpulan terbabit kerana ia syirik dan menyekutukan Allah.

‘‘Dulu ada yang melakukan mandi Safar, memberi ancak berupa nasi pulut dan kini, mengalirkan darah kambing disembelih ke laut kononnya untuk menghindar banjir.

‘‘Perkara seperti itu cukup mengecewakan kerana ia dilakukan sendiri oleh penganut Islam dan saya harap tiada lagi individu yang terpengaruh menjadi pengikut kumpulan terbabit,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.