saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/11/2008

3,000 protes Selangor naikkan sewa


PENDUDUK PPR Kota Damansara dan Lembah Subang mengadakan demonstrasi membantah kenaikan sewa rumah di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, semalam.


SHAH ALAM 7 Nov. - Lebih 3,000 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara dan Lembah Subang di sini, kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor menaikkan kadar sewa kediaman mereka daripada RM124 kepada RM250 sebulan.

Berikutan itu lebih 100 orang mewakili penduduk berkenaan mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini, bagi membantah tindakan tidak munasabah itu yang berkuat kuasa sejak Ogos lepas.

Mereka juga menyifatkan kenaikan berkenaan sebagai menambah beban kewangan dan tidak selari dengan konsep negeri berkebajikan yang diuar-uarkan oleh pimpinan pembangkang.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Kenaikan Sewa PPR Kota Damansara dan Lembah Subang, Johari Nander berkata, tindakan kerajaan negeri itu tidak wajar kerana majoriti penduduk di dua kawasan berkenaan berpendapatan kurang daripada RM600 sebulan.

Jumlah pendapatan itu, katanya, di bawah garis kemiskinan seperti yang ditetapkan oleh kerajaan negeri iaitu RM1,500.

"Kami bantah kenaikan kadar sewa ini kerana penduduk di kedua-dua PPR ini terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal, warga emas dan sebagainya.

"Malah, di antara kami menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor untuk meneruskan kehidupan.

"Namun, tindakan kerajaan negeri ini (naikkan kadar sewa) dilihat sebagai tidak prihatin dan tidak mengambil kira bebanan yang ditanggung oleh rakyat terutamanya ketika berhadapan dengan kenaikan kos hidup ketika ini," katanya.

Beliau ditemui pemberita di hadapan pintu masuk utama pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, tempat demonstrasi itu diadakan.

Selain mengadakan demonstrasi, Johari turut menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri yang diterima oleh Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar, Norzatun Aini Mohd. Kassim pada pukul 10.30 pagi ini.

"Kita mahu kerajaan negeri memikirkan masalah yang kami hadapi dan kekalkan kadar sewa seperti sebelum ini,'' tegas beliau.

Sementara itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad ketika dihubungi berkata, lebih 2,000 keluarga berpendapatan kurang RM1,000 sebulan yang tinggal di PPR Selangor mungkin akan dikecualikan daripada kenaikan kadar sewa rumah berkenaan.

Beliau menambah, selain keluarga miskin, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas juga mungkin dikecualikan daripada membayar kadar baru sewa rumah itu.

"Adalah tidak adil untuk kita mengenakan kenaikan ini kepada semua keluarga yang mendiami PPR kerana ada yang tidak mampu dan benar-benar memerlukan bantuan kerajaan negeri.

"Saya telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mendapatkan maklumat terperinci mengenai PPR ini untuk menentukan status ekonomi mereka sebelum membuat keputusan,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.