saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 09/11/2008

Pesona Ratu Cantik Malaysia


Carven Ong (tengah) bersama ratu-ratu cantik Malaysia 2008.


DI sebalik keghairahan Carven Ong dalam dunia fesyen, dia memilih peraduan ratu cantik sebagai medan fesyen terbaru. Sebagai pereka fesyen, Carven percaya kreativiti tidak mengenal batas sempadan di mana kecanggihan, anggun serta gaya kontemporari menjadi aras tetap dalam setiap rekaannya. Tahun ini, warna hijau menjadi pilihan Carven sebagai pereka rasmi untuk wakil Ratu Cantik Malaysia ke peringkat dunia bersesuaian dengan kesedaran “menyelamatkan dunia”. Selain itu sifat semula jadi dan lautan mempengaruhi reka bentuk gaun Carven yang bergaya dan anggun ini. Bagi Carven, warna hijau melambangkan sifat dan lautan dunia, juga mewakili nasib baik. Carven menggelarkan gaun rekaannya, ‘Permata Pasifik’.

Bahagian utama gaun ini ialah kipas laut seperti ombak dengan gaun yang mempunyai ekor panjang seperti ikan duyung. Gaun ini menyerlahkan bentuk badan si pemakai yang kelihatan seperti ikan duyung. Ia merupakan sentuhan baik yang mengikut lekuk tubuh badan. Carven memilih fabrik Thai Silk dan Sequin Beading yang menjadi elemen utama serta mendapat sentuhan feminin.

Segar

“Keunikan gaun ini kerana ia mengandungi unsur riang, aman dan segar dengan sentuhan panas kerana ia memberi kesan cemburu kepada mereka yang melihat gaun ini sangat cantik,” jelas Carven.

Ia juga padan dengan personaliti dan sifat individu yang memakai. Tidak ketinggalan, memakai gaun hijau ini akan membuatkan wanita berjiwa lembut dan jatuh cinta.

Istimewanya gaun ini akan dipakai oleh pemenang Ratu Cantik Malaysia 2008, Soo Wincci, 23. Gaun ini akan dipakai Wincci untuk menyertai pertandingan Ratu Cantik Dunia di Johannesburg, Afrika Selatan pada 15 November ini. Wincci akan menyertai siri aktiviti sebelum kemuncak pertandingan akhir pertandingan iaitu pada 13 Disember depan. Wincci akan menggayakan gaun ini di atas pentas yang turut bersaing dengan 100 orang peserta lain dari seluruh dunia bagi ‘Anugerah Pereka Yang Terbaik’.

“Gaun ini sangat cantik dan saya amat menyukai warna serta rekaannya sesuai dengan gaya saya dan mencerminkan personaliti saya dengan sempurna,” jelas Wincci yang berasal dari Petaling Jaya.

Carven berkata, dia mendapat inspirasi gaun ini daripada lautan, ikan duyung dan frasa ‘menyelamatkan dunia’. Unsur-unsur ini digabungkan dengan jitu untuk menghasilkan gaun yang menawan.

“Saya juga menghasilkan gaun ‘Permata Pasifik’ bersesuaian dengan bentuk badan Wincci dan warna yang dipilih sesuai dengan warna kulit Wincci. Ini menyerlahkan sifat feminin dan anggun Wincci,” jelas Carven.

Menyanyi

Bagi Pertandingan Bakat, Wincci memberitahu, dia akan menyanyi sebuah lagu yang berjudul, ‘Kecantikan dengan satu tujuan’, lagu ini didedikasi khusus untuk entiti ratu cantik dunia.

“Saya telah mempelajari ilmu vokal dan piano untuk menyempurnakan lagu dan saya berlatih sekurang-kurangnya empat kali seminggu. Saya suka menyanyi dan saya bangga untuk mempersembahkan kemahiran-kemahiran saya itu nanti,” jelasnya ketika majlis pelancaran gaun ini di Carven Ong Couture, Pusat Membeli-belah Lot 10, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, Carven turut melancarkan koleksi musim luruh dan sejuk rekaannya, “Aloha!Love Forever!’. Koleksi kali ini mempamerkan koleksinya yang terbaru dengan tema akuatik yang menggunakan warna-warna lautan seperti firus, lautan hijau laut yang biru dan hijau, manakala reka bentuk gaunnya bertingkat-tingkat atau berlapis dengan perincian manik. Turut hadir memperagakan rekaan terbaru Carven ialah peserta Ratu Cantik Malaysia 2008 yang lain iaitu Kismet Kaur Sandhu, Thanuja Ananthan, Chow Xiang Yee, Ermaine Ong, Shereen Kaur dan Cindy Chen.

Dalam pada itu, sebagai Ratu Cantik Malaysia, Wincci juga menyokong kebajikan START, satu organisasi kebajikan yang menyediakan bantuan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang menyediakan peluang membangunkan kemahiran artistik mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.