saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 10/11/2008

Murtabak Raja makin popular


Raja Zairah Raja Zakariah menunjukkan Murtabak Raja yang dihasilkan oleh kilangnya mula mendapat sambutan di pasaran.


KOTA BHARU 9 Nov. - Pengusaha Murtabak Raja, Raja Zairah Raja Zakariah dan suaminya, Nik Mohamad Fathilah Abdul Rahman yang menyertai projek Taman Halal Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) akan memanfaatkan sepenuhnya peluang itu untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Raja Zairah mengakui antara masalah utama bagi pengusaha kecil dan sederhana (PKS) sepertinya ialah kekangan untuk mengembangkan perniagaan kerana ketiadaan modal menyediakan peralatan dan ketiadaan kaedah pemasaran profesional yang cekap dan berkesan.

Bagaimanapun, katanya, melalui penyertaan dalam projek berkenaan, masalah pemasaran dapat diselesaikan apabila PKINK melaksanakan konsep syarikat tunjang yang akan mencari pasaran daripada produk dikeluarkan oleh syarikat vendor.

Selain itu, katanya, PKINK juga menyediakan kemudahan kilang, mesin dan peralatan canggih yang disediakan pada kadar berpatutan agar pengeluaran dapat dilakukan secara komersial.

"Kini saya mampu menyiapkan sehingga 500 biji Murtabak Raja dalam sehari sebagai permulaan walaupun permintaan daripada syarikat utama ialah sekurang-kurang 1,000 biji sehari.

"Kami akan berusaha sebaik mungkin bagi memenuhi permintaan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Raja Zairah memulakan pembuatan Murtabak Raja itu secara kecil-kecilan di rumahnya di Baung, Pengkalan Chepa sejak lima tahun lalu dengan hanya mampu menyiapkannya sebanyak 30 biji sahaja.

Murtabak Raja itu menggunakan resipi istimewa keluarganya boleh bertahan di pasaran dan masih kekal keenakan serta kelazatannya sehingga enam bulan sekiranya disimpan secara sejuk beku.

Walaupun ia dijual pada harga RM10 sekeping tetapi ia amat berbaloi kerana diadun dengan inti padat daging, telur dan tepung sebanyak dua lapisan berbanding murtabak biasa yang hanya selapis.

Meskipun Murtabak Raja agak mahal tetapi ia jauh lebih murah berbanding sekeping piza, lagipun hidangan istimewa yang mendapat permintaan tinggi pada musim cuti sekolah dan sepanjang bulan Ramadan ini juga langsung tidak menggunakan bahan pengawet atau pewarna.

Sementara itu, Nik Mohamad Fathilah bersyukur kerana walaupun sebelum ini hanya menjalan perniagaan itu secara kecil-kecilan tetapi Murtabak Raja itu telah dikenali secara meluas di seluruh negara dan juga di luar negara.

"Kebiasaannya mereka yang pernah merasainya akan mempromosikannya pula kepada orang lain, dengan cara itulah Murtabak Raja kami ini dikenali sebelum ini termasuk rakyat negara ini yang sedang belajar dan bekerja di beberapa buah negara di luar negara seperti di England, Amerika Syarikat, Amiriah Arab Bersatu dan Brunei.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.