saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 10/11/2008

Melaka cadang bina muzium di Pulau Besar

MELAKA 9 NOV. - Kerajaan negeri bercadang membina sebuah muzium yang akan mengumpulkan semua artifak sejarah yang ditemui di Pulau Besar di sini, Januari depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pembinaan muzium dua tingkat dengan kos anggaran RM2 juta di pulau itu bertujuan memberi gambaran sebenar Pulau Besar yang banyak menyimpan sejarah.

"Saya lihat terlalu banyak bahan sejarah ditemui di pulau ini dan pembinaan muzium itu nanti diharapkan dapat mempamerkan semua artifak berkaitan Pulau Besar untuk tontonan masyarakat seluruh dunia.

"Dengan adanya muzium ini nanti, akan terkumpul sejarah Pulau Besar daripada artifak yang ditemui itu daripada membiarkannya tersimpan di tempat-tempat yang berasingan yang akhirnya mungkin akan menyebabkan kehilangan," katanya.

Mohd. Ali berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Menyingkap Sejarah dan Misteri Pulau Besar di Rumah Bastian, Banda Hilir di sini hari ini.

Hadir sama Pemilik Koleksi Muzium Nurul 'Ala yang merupakan pengumpul khazanah Pulau Besar, Ana Fakir.

Mohd. Ali pada masa sama, mengalu-alukan sektor swasta di negeri ini supaya membantu kerajaan negeri untuk bersama-sama mewujudkan lebih banyak muzium di Melaka, bersesuaian dengannya yang terkenal sebagai sebuah negeri bersejarah.

"Jika ada sektor swasta yang bercadang membina muzium, kerajaan negeri mengalu-alukan dan mereka boleh bina di atas tanah kerajaan tanpa membayar wang.

"Inilah kerjasama yang dapat hulurkan kepada sektor swasta ataupun agensi yang menerajui dalam bidang muzium," katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Mohd. Ali berkata, pameran yang berlangsung sekarang hingga 4 Januari anjuran bersama Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Muzium Koleksi Nurul A'la yang berpusat di Kuang, Selangor itu juga bertujuan mengikis pandangan serong masyarakat setempat mengenai misteri pulau berkenaan.

"Masyarakat perlu mengubah pandangan ini kerana Pulau Besar sebenarnya mengikut sejarah menjadi tempat penyebaran agama Islam di rantau nusantara di zaman Kesultanan Melayu Melaka.

"Pada masa itu, ia menjadi tempat tumpuan di seluruh kepulauan Melayu kerana didiami oleh ramai ulama yang berperanan mengembangkan agama Islam," katanya.

Pada masa itu juga katanya, Pulau Melaka menjadi tumpuan pelaut dari China untuk berehat dan mendapatkan bekalan daripada masyarakat nelayan Selat yang mendiami di muara Sungai Melaka.

Dengan keadaan tersebut katanya, Pulau Melaka memainkan peranan yang penting dalam dunia maritim bagi membantu ekonomi masyarakat ketika itu.

Pameran Menyingkap Sejarah dan Misteri Pulau Besar di Rumah Bastian dibuka setiap hari dengan bayaran masuk RM5 dikenakan bagi setiap dewasa manakala RM3 untuk kanak-kanak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.