saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 11/11/2008

SMK Raja Muda bangga dapat beri kesedaran

MUAR 10 Nov. - Kakitangan dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda, Parit Jawa dekat sini melahirkan rasa bangga apabila sekolah itu merupakan satu-satunya sekolah di daerah ini yang menyediakan Pusat Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) sejak awal tahun ini.

Selain meraih tempat kedua kategori PPDa peringkat kebangsaan, sekolah itu turut muncul sebagai johan peringkat daerah serta negeri bagi mewakili Johor menyebarkan maklumat mengenai kesan buruk penglibatan masyarakat dengan penagihan najis dadah.

Penolong Kanan Satu SMK Raja Muda, Mohd. Ibrahim Adzrai berkata, pihaknya yakin kemudahan yang terdapat di sekolah itu hasil daripada bantuan pelbagai pihak membolehkan mereka menyediakan sebuah pusat sumber yang berfaedah kepada pelajar dan penduduk setempat.

"Idea untuk mencetuskan PPDa ini timbul selepas saya menghadiri satu pameran PPDa di sebuah daerah lain. Namun, selepas melihat apa yang dipamerkan di sekolah tersebut, saya yakin sekolah ini mampu membuat yang lebih baik.

"Susulan daripada pameran itu, mulai awal tahun sesi persekolahan ini, SMK Raja Muda dibantu guru bimbingan dan kaunseling serta pelajar bertungkus-lumus menyiapkan sebuah pusat sumber yang dirasmikan sebagai Sekolah Bebas Dadah oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Balang, Dr. Robia Kosai baru-baru ini," katanya.

Beliau ditemui selepas pelancaran PPDa SMK Raja Muda oleh Timbalan Pengarah Pelajaran negeri Johor, Markom Giran, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Markom turut menyampaikan anugerah kepada SMK Raja Muda yang mendapat tempat kedua kategori PPDa peringkat kebangsaan tahun ini yang diadakan di Kelantan pada Ogos lalu.

Pihak AADK turut menyampaikan sumbangan sebuah televisyen dan pemain cakera padat kepada pengetua sekolah terbabit atas kejayaaan itu.

PPDa SMK Raja Muda merupakan satu-satunya sekolah di daerah ini yang mempunyai kemudahan pameran berkaitan bahaya najis dadah hasil kerjasama antara Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), AADK dan jabatan kerajaan lain.

Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah itu, Othman Ibrahim pula berkata, semua warga sekolah terlibat menjayakan persiapan PPDa di sekolah itu termasuk 40 pelajar yang menyertai kelab Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) sekolah.

"Kejayaan mewujudkan PPDa ini adalah hasil kerjasama semua pihak dan apa yang membanggakan ia bukan sahaja dibuka untuk pameran kepada pelajar, malah orang awam boleh datang melihat segala bentuk bahan kajian yang dipamerkan di pusat sumber ini," katanya yang merupakan penyelaras pusat sumber tersebut.

Menurutnya, tumpuan diberikan kepada pameran bahan-bahan yang bercorak gambar kerana pelajar lebih berminat melihat kesan daripada membaca teks yang panjang.

Sementara itu, Ketua Pengawas SMK Raja Muda, Nafis Mohd. Diah pula berkata, semua pelajar sekolah itu boleh melawat pusat sumber tersebut dengan diiiringi guru atau pengawas.

"Sehingga kini, maklum balas yang diterima sungguh membanggakan, malah saya sendiri melihat pelajar begitu berminat untuk melihat dari dekat bahan-bahan yang dipamerkan," katanya.

Pengerusi Persatuan Tingkatan Enam (Pertina) sekolah itu, Farah Wahida Mohd. Yusof pula berkata, semasa sesi lawatan pihaknya turut membantu memberikan penerangan ringkas mengenai kesan dan bahaya penagihan dadah kepada pengunjung.

"Selain memberi faedah dan ilmu pengetahuan, kami sebagai pelajar juga dididik untuk menjauhi najis dadah kerana kesannya amat buruk bukan sahaja kepada diri sendiri, malah keluarga dan negara," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.