saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 14/11/2008

Penahanan Ronnie Liu bukan 'balas dendam'

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Penahanan anggota Exco Selangor, Ronnie Liu oleh pihak polis berhubung kes menghalang tugas penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tahun lalu bukan berunsur 'balas dendam' terhadap parti pembangkang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, pembangkang perlu bersikap rasional dan tidak terlalu emosi apabila membuat kenyataan mengenai tindakan polis terhadap mereka yang melanggar undang-undang terutama apabila melibatkan ahli politik pembangkang.

"Jika seseorang itu buat kesalahan, dia mesti menghadapi akibatnya. Biarlah dia membela diri di mahkamah.

"Semua orang tidak kira siapapun, kena belajar hormati undang-undang," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Syed Hamid diminta mengulas kenyataan pemimpin pembangkang terutama Lim Kit Siang yang mendakwa penahanan Ronnie adalah tindakan polis membalas dendam terhadap pembangkang.

Ronnie ditahan kelmarin sebaik tiba di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam kira-kira pukul 1.50 petang dan akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Isnin ini.

Syed Hamid berkata, Kit Siang perlu belajar untuk mula menghormati undang-undang sedia ada di negara ini.

"Beliau sentiasa mengkritik kerajaan apabila pemimpin DAP dan ahli parti ditahan polis termasuk menghalang tugas penguatkuasa.

"Pernahkah dia cakap perkara baik mengenai polis. Jadi dia mesti menjadi lebih rasional. Kita dapat lihat setiap tindakannya didorong oleh politik," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.