saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 14/11/2008

Ronnie Liu mohon ketepi waran tangkap

SHAH ALAM 13 Nov. - Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hari ini memfailkan notis usul agar Mahkamah Tinggi di sini menyemak semula dan mengetepikan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.

Notis usul Ronnie, 50, difailkan melalui peguam mewakilinya, Gobind Singh Deo di pejabat pendaftar mahkamah itu lebih kurang pukul 3.15 petang.

Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, dalam usul tersebut memohon perintah supaya Mahkamah Tinggi di sini menggunakan bidangkuasa semakan bagi menyemak semula kesahihan 'prosiding' di Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam.

Seterusnya Ronnie memohon agar Mahkamah Tinggi di sini mengetepikan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret tersebut.

Bersama notis usul tersebut, Ronnie mengikrarkan afidavit untuk menyokong permohonannya.

Ronnie menyatakan pada pukul 1.55 petang, 12 November lalu, ketika berada di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), sekumpulan pegawai polis datang menangkapnya.

Beliau mendakwa, perintah untuk menangkapnya berdasarkan satu waran tangkap bertarikh 12 November (semalam) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Selepas itu, Ronnie menyatakan, beliau telah dibawa ke Balai Polis Puchong sebelum dilepaskan dengan jaminan lisan sebanyak RM2,000. Ronnie juga diminta hadir ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada pukul 9 pagi, 17 November ini untuk didakwa berhubung satu perkara yang dikatakan berlaku pada bulan November 2007.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.