saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 15/11/2008

UPSR: Cemerlang walaupun buta


(dari kiri) Maisara Muslim, Mohd. Fazli Rahim, Mohd. Asraf Asahari, Ainul Atirah Zulkifli dan Mohd. Ezwan Mohd Alkhusbari gembira menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Istimewa di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 14 Nov. - Walaupun cacat penglihatan, lima murid Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth di sini, tetap melakar keputusan membanggakan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.

Biarpun keputusan yang diperoleh bukan 5A, mereka membuktikan bahawa insan istimewa seperti mereka juga mampu untuk berjaya.

Mohd. Ezwan Ali Kusbani, Maisarah Muslim, Muhammad Fadzli Rahim, Muhammad Asraf Asari dan Ainur Aflina Zulkeflee yang belajar menggunakan braille, tidak mampu untuk menahan air mata apabila disenaraikan sebagai pelajar cemerlang istimewa dalam peperiksaan berkenaan.

Mereka turut menerima sijil penghargaan dan cenderamata daripada Pengarah Pelajaran Johor, Sufaat Tumin, selepas sidang akhbar pengumuman keputusan UPSR 2008 di sini semalam.

Mohd. Ezwan, 12, berkata, kejayaannya itu adalah hadiah untuk keluarga, guru dan semua rakannya yang tidak pernah jemu untuk memberi sokongan.

Menurutnya, dia langsung tidak menjangka mampu untuk mendapat 1A, 1B dan 3C dalam peperiksaan UPSR itu.

"Gembira dan terkejut. Dalam kekurangan ini, saya berjaya mengharungi segala cabaran bagi mendapatkan keputusan itu," katanya yang bercita-cita menjadi seorang pensyarah suatu hari nanti.

Pada majlis tersebut, lima orang anak Orang Asli turut mendapat pengiktirafan bagi kategori Pelajar Cemerlang Kategori Pelajar Orang Asli dalam UPSR 2008.

Mereka ialah Muhammad Slihin Ikram Ismail dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Layau, Kota Tinggi; Afifah Amran dari SK Peserian, Batu Pahat (4A 1C); Mohd. Aminuddin Zam Zam dari SK Kampung Layau, Kota Tinggi (4A 1B); Norsyazwana Lee dari SK Parit Sulong, Batu Pahat (4A 2B) dan Mohd. Hafizi Izwan Zainal dari SK Seri Setia Jaya, Kota Tinggi (3A 2B).

Muhammad Slihin juga mengakui tidak menyangka dia berjaya memperoleh kejayaan dengan mendapat 4A 1B.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.