saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 18/11/2008

Ronnie Liu dihadapkan ke mahkamah

PETALING JAYA 17 Nov. – Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan bersubahat dan sengaja menghalang tugas seorang penolong penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk menutup Hotel Chile, tahun lalu.

Menurut pertuduhan, Ronnie, 50, didakwa telah bersubahat dengan pelanggan-pelanggan dan pekerja-pekerja hotel, sengaja menghalang seorang penjawat awam, Penolong Penguat kuasa MPSJ Mohamad Hadzim Zulkapli, 31, daripada menjalankan tugas-tugas jawatannya iaitu menutup Hotel Chile di No. 10, Jalan Kenari 6, Bandar Puchong Jaya, di sini, berdasarkan peruntukan Undang-Undang Kecil Hotel (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2007, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara pukul 5.30 dan 6.30 petang, pada 2 November 2007.

Ronnie didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 186 kanun yang sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Selepas pertuduhan dibacakan pada pukul 9.20 pagi di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam, Ronnie berkata: “Saya tidak bersalah.”

Ketua Unit Pendakwaan Selangor, Roslan Abu Bakar mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.