saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/11/2008

Melodi, tolonglah profesional!


WARTAWAN penyiaran Melodi, Michelle turut hadir menerangkan laporannya mengenai majlis resepsi Ashraf dan Bunga.


AHAD lalu, rancangan Melodi di TV3 mencetus kontroversi yang sedikit sebanyak mencalar imej wartawan hiburan serta perjalanan majlis resepsi pelakon Ashraf Sinclair dan artis popular Indonesia, Bunga Citra Lestari.

Semuanya gara-gara laporan yang dilihat tidak beretika yang mengheret wartawan hiburan terutama wartawan media cetak yang membuat liputan perjalanan majlis itu dikritik dan dilabel sebagai mengada-ngada oleh pelbagai pihak.

Sebuah blog misalnya, bertindak mengulas laporan Melodi itu dengan menyatakan beberapa perkara negatif terhadap wartawan berkenaan.

Pelbagai reaksi termasuk wartawan hiburan dianggap perasan bagus, berlagak seperti diva dan menghancurkan majlis persandingan dipaparkan melalui ruangan komentar blog berkenaan.

Agak keterlaluan, nama wartawan hiburan yang terpampang pada visual laporan itu juga dinyatakan dalam komentar yang sedikit sebanyak menjatuhkan maruah wartawan terbabit.

Begitulah impaknya laporan Melodi yang memaparkan sekumpulan media seakan bengang dengan perjalanan majlis resepsi itu yang kononnya perlu menunggu lama untuk menemubual Ashraf dan Bunga.

Walhal, kalau dilihat daripada aspek kebenaran, Melodi sebenarnya mewakili satu pihak sahaja yang dikatakan mengeluh kerana tidak dapat menemu bual pasangan mempelai popular itu secara eksklusif.

Namun, apa yang mengecewakan, ulasan serta visual yang ditayangkan di Melodi seakan memperlihatkan semua wartawan hiburan di majlis itu mengeluh dan merungut akan perkara berkenaan.

Isu ini sememangnya kecil tetapi bagi yang tidak tahu akan perkara sebenar, pasti berprasangka buruk kepada wartawan hiburan.

Begitu juga terhadap Ashraf dan Bunga yang digambarkan seperti enggan memberi kerjasama kepada media.

Hakikatnya, pasangan mempelai itu harus dipuji kerana biar keletihan melayan tetamu baik Malaysia mahupun Indonesia, mereka tetap meluangkan masa terhadap media.

Berikutan daripada laporan Melodi itu, pihak yang bertanggungjawab menguruskan majlis resepsi Ashraf dan Bunga iaitu Beyond DDB Sdn. Bhd. yang juga syarikat pengurusan karier Ashraf mengadakan sidang media bagi membincangkan perihal laporan Melodi itu.

Diadakan di pejabat syarikat itu kelmarin ia dihadiri beberapa wartawan hiburan yang kebetulan mengadakan liputan majlis persandingan Ashraf dan Bunga tempoh hari.

Menurut Pengarah Urusan Beyond, Amin Hussen, pihaknya serta Ashraf dan Bunga begitu kesal dengan laporan Melodi.

"Laporan itu telah menjejaskan nama Ashraf dan Bunga. Saya sendiri telah bertemu dan mereka sedih dengan apa yang dilaporkan oleh Melodi.

"Tujuan kami mengadakan sidang media ini bukannya hendak cari gaduh atau menimbulkan kontroversi tetapi ingin menjernihkan keadaan.

"Apa yang kami ingin ketahui adalah apa tujuan Melodi membuat laporan sebegitu?'' soalnya dengan nada penuh kecewa.

Menurut Amin, jika dikatakan Ashraf dan Bunga enggan untuk ditemu bual media, itu adalah tidak benar.

"Sebenarnya, apa yang berlaku hanyalah kerana isu bas. Pemandu bas yang membawa keluarga Bunga tidak mahu menunggu lama.

"Hal itu membuatkan Ashraf dan Bunga perlu adil dalam melayan tetamu dan menemui media. Tetapi, apa yang dilaporkan adalah wartawan mengeluh kerana menunggu terlalu lama untuk bertemu dengan mereka.

"Mengapa perlu mengheret wartawan lain dalam isu ini padahal mereka sedikitpun tidak mengeluh,'' tegas Amin.

Katanya, seperkara lagi yang membuatkan Ashraf merasa malu adalah kerana tindakan Melodi yang mengambil kesempatan di majlis itu untuk bertanyakan soalan mengenai kisah penceraian artis lain.

Ujarnya, melihatkan apa yang berlaku, pihaknya telah pun berbincang dengan Ashraf sama ada untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Melodi atau tidak.

"Buat masa ini, kami belum terfikir (tindakan undang-undang). Menurut Ashraf, ini adalah asam garam yang akan berlaku kepada mana- mana selebriti.

"Apa yang penting baginya perjalanan majlis resepsi itu cukup cantik dan fokusnya ketika ini adalah pada karier serta isteri,'' jelasnya.

Sementara itu, kehadiran petugas Melodi yang diketuai penerbitnya, Nas Ahmad pada sidang media berkenaan mencetuskan pertikaman lidah membabitkan wartawan hiburan dan Beyond terhadap Melodi.

Menceritakan apa yang dilihat namun penayangan visual sekumpulan wartawan mengeluh membuatkan Melodi dihentam pada sidang media berkenaan.

"Kalau kamu hendak menggambarkan kekeluhan satu pihak, fokuslah gambar kepada pihak berkenaan. Janganlah difokuskan kepada semua wartawan hiburan di majlis itu.

"Saya malu kerana ramai yang menyatakan sesuatu tidak elok terhadap saya,'' jelas seorang wartawan hiburan dari sebuah akhbar yang gambarnya jelas kelihatan pada visual program hiburan terbabit.

Mencelah memberikan ulasan, Amin menjelaskan, Melodi yang dijemput sebagai tetamu seharusnya mampu berfikir tentang keletihan yang dihadapi oleh Ashraf dan Bunga.

"Kamu tidak boleh menjangkakan apa yang mereka dapat berikan. Ini majlis mereka. Kamu juga tidak bersikap adil kepada wartawan yang lain.

"Jika satu pihak itu kecewa, sepatutnya maklum kepada kami dan bukannya kepada Ashraf,'' tambahnya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.