saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 19/11/2008

Tidak perlu pemangku Perdana Menteri - Najib

SUBANG JAYA 18 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidak perlu seorang pemangku Perdana Menteri semasa beliau dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sama-sama berada di luar negara atas urusan rasmi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun keadaan itu agak ganjil tetapi ia menunjukkan tanda kestabilan negara ini.

''Memang ia agak ganjil. Tetapi saya perlu menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Biasanya, salah seorang daripada kami berada dalam negara, tetapi kali ini, ia tidak dapat dielakkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Air Rantau Asia Pasifik 2008 di sini hari ini.

Najib malam ini bertolak ke Lima, Peru untuk menghadiri sidang kemuncak APEC dan dijadual pulang pada 27 November ini.

Abdullah pula kini sedang melakukan lawatan rasmi ke Uzbekistan dan Turkmenistan dijadual pulang pada Jumaat ini.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, dalam apa jua keadaan, beliau dan Abdullah akan sentiasa menghubungi menteri Kabinet dan para pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan perkembangan dalam negara.

''Oleh itu, sekiranya apa-apa berlaku, kami akan mendapat maklumat segera," katanya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai sidang kemuncak APEC kali ini, Najib berkata, sidang kali ini terbahagi kepada dua sesi.

Beliau memberitahu, pada sesi pertama, Malaysia berpeluang membincangkan isu yang begitu penting iaitu krisis kewangan global dan bagaimana negara anggota APEC harus bertindak secara kolektif untuk mengurangkan kesan krisis itu serta memulihkan keadaan dalam masa singkat.

''Sesi kedua pula menjurus kepada isu-isu lain seperti jaminan makanan, soal alam sekitar dan perkara-perkara lain yang boleh dibincangkan," katanya.

Ditanya mengenai permohonan kerajaan negeri Selangor yang mahu mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), katanya, beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu tidak lama lagi memandangkan perbincangan masih berjalan dengan kerajaan negeri Selangor.

''Kita ada formulanya. Kita akan umumkan tidak lama lagi, mungkin akhir tahun ini, mungkin juga awal tahun depan," jelasnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.