saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/11/2008

Projek tebatan banjir Sungai Damansara siap Februari

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Projek tebatan banjir di Sungai Damansara di sini yang dibina bagi mengatasi masalah banjir di Shah Alam, dijangka siap selewat-lewatnya Februari depan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Unggah Embas berkata, keyakinan itu berdasarkan 75 peratus pembinaan sudah berjaya dilaksanakan mengikut jadual.

''Sebaik projek ini siap, sebanyak 300,000 hingga 400,000 penduduk yang tinggal di sekitar Sungai Damansara akan menerima manfaat kerana tiada lagi masalah banjir yang serius seperti pada tahun 2006.

''Antara kawasan terlibat ialah Shah Alam, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Jaya, Kampung Melayu Kebun Bunga dan Taman Mesra,'' katanya kepada pemberita semasa melawat di Pejabat Tapak Projek Sungai Damansara, Ara Damansara hari ini.

Menurutnya, projek bernilai RM340 juta itu merupakan Pakej Satu sebelum disambung ke Pakej Dua sehingga ke Pelabuhan Klang yang dijangka dapat dimulakan pada tahun depan.

Beliau sebelum itu diberi taklimat oleh wakil daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.