saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 22/11/2008

Lagi ugutan untuk Somchai

BANGKOK 21 Nov. - Kesatuan sekerja sektor awam Thailand mengugut untuk melancarkan protes besar-besaran di seluruh negara Selasa ini, kecuali kerajaan pimpinan Perdana Menteri Somchai Wongsawat (gambar) berundur.

Ketua kesatuan itu, Sawit Kaewvan berkata, protes akan dilancarkan jika kerajaan enggan meletak jawatan selewat-lewatnya 25 November ini.

Kesatuan itu diwakili oleh lebih 200,000 pekerja dari 43 agensi kerajaan.

Pada masa sama, Sawit menggesa ahli kesatuan menyertai tunjuk perasaan antikerajaan Ahad ini yang dianjurkan oleh Perikatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD).

Pemimpin PAD menuduh kerajaan sebagai dalang di sebalik serangan bom ke atas penunjuk perasaan yang mengepung perkarangan Rumah Kerajaan sejak Ogos lalu.

Insiden itu mencederakan 29 yang lain.

Somchai bagaimanapun menafikan penglibatan kerajaan dalam insiden tersebut.

Kebimbangan mula timbul mengenai kemungkinan anggota PAD akan turut mengepung bangunan Parlimen menjelang sesi khas Isnin ini.

Sesi dilaporkan ada kaitan dengan Sidang Kemuncak ASEAN yang akan dianjurkan di Chiang Mai bulan depan.

Sementara itu, Timbalan Speaker Parlimen, Apiwan Wiriyachai berkata, pihaknya tidak bersedia untuk mengubah sesi khas itu.

"Kita bercakap mengenai harga diri dan maruah Parlimen dan negara ini," katanya kepada sebuah stesen radio.

- Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.