saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 22/11/2008

Polis, tentera Thai bersiap sedia

BANGKOK 21 Nov. - Polis Thailand bersiap sedia menghadapi ancaman tunjuk perasaan antikerajaan anjuran Perikatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD) pada Ahad ini.

Polis turut meminta bantuan tentera bagi memastikan insiden berdarah pada bulan lalu tidak berulang.

Ketua Biro Polis Metropolitan, Mejar Jeneral Anan Srihiran berkata, pihak tentera bersetuju untuk menggerakkan kira-kira 3,000 anggota untuk menghadapi protes yang akan dilancarkan oleh PAD itu.

Bagaimanapun katanya, polis masih belum menentukan jumlah sebenar anggota yang akan dikerah bagi menghadapi tindakan PAD itu.

Apa yang pasti kata Anan, anggota yang terlibat akan dilengkapi dengan meriam air dan gas pemedih mata.

"Mengambil kira ucapan mereka (pemimpin PAD), mereka mahu mencetuskan keganasan dan kami akan mencari jalan untuk mencegahnya," katanya kepada Reuters hari ini.

Semalam, pemimpin PAD, Sondhi Limthongkul menyeru rakyat Thailand supaya menyertai protes besar-besaran Ahad ini bagi menjatuhkan kerajaan "yang mabuk darah."

Beliau berkata demikian selepas seorang penyokong PAD maut dan 29 lagi cedera dalam satu serangan bom tangan awal pagi semalam.

PAD menuduh kerajaan mendalangi serangan itu tetapi Perdana Menteri, Somchai Wongsawat menafikannya.

Dalam insiden Oktober lalu, dua penunjuk perasaan maut dan beratus-ratus lagi cedera termasuk anggota polis, selepas polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang cuba menghalang Somchai berucap di Parlimen.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.