saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 23/11/2008

Tekan pemimpin UMNO hapus rasuah


Dr. Mahathir Mohamad ketika berucap pada wacana Dilema Melayu anjuran Gapena di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 22 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa orang Melayu memberi tekanan kepada pemimpin-pemimpin UMNO untuk menghapuskan rasuah yang telah menjadi budaya dalam parti itu sekarang.

Dr. Mahathir memberitahu, orang Melayu perlu menggunakan segala saluran yang ada dan tidak harus berhenti walaupun apa yang diluahkan tidak mendapat tempat di dalam media.

''Gerakan untuk menekan para pemimpin dan ahli-ahli UMNO untuk menolak mereka yang menggunakan wang bagi mendapat jawatan tinggi di dalam parti perlu dilakukan dari sekarang.

''Sekiranya tidak dilakukan, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, orang Melayu akan melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan ditolak pengundi kerana meletakkan para pemimpin yang mengamalkan rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Siri Wacana Gapena V bertajuk Dilema Melayu anjuran Gapena di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai budaya rasuah dalam UMNO, Dr. Mahathir mendakwa, pada masa ini, bukan sahaja calon-calon bagi jawatan tertinggi dalam parti menawarkan rasuah, tetapi perwakilan juga berani meminta wang.

Katanya, ada perwakilan yang tanpa berselindung menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada calon-calon untuk jumlah yang diminta dan nombor akaun bank sekiranya ingin mendapat undi daripada mereka.

''Calon-calon juga secara terbuka menggunakan wang kerajaan seperti mengadakan rumah terbuka bagi mendapatkan pencalonan, malah perwakilan juga telah dijanjikan kontrak daripada kementerian sekiranya memilih mereka semasa pemilihan nanti," katanya.

Tegas beliau, sekiranya orang Melayu berdiam diri dan tidak mahu menyuarakan pandangan mereka, ia seolah-olah bersetuju dengan amalan rasuah yang berlaku di dalam UMNO.

Katanya lagi, gerakan menghapuskan rasuah di dalam UMNO perlu dibuat dari luar kerana para pemimpin parti itu dilihat tidak mahu bertindak bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau menegaskan, usaha menghapuskan rasuah di dalam parti itu perlu dibuat secara terbuka bagi memastikan gejala tersebut dapat dihapuskan dengan sepenuhnya.

Ditanya mengenai pertandingan di antara Ketua Pergerakan Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz dan Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Dr. Mahathir mahu pertandingan itu berlangsung tanpa rasuah.

Katanya, perwakilan Wanita semasa Perhimpunan Agung UMNO pada Mac depan perlu memilih calon yang baik dan tidak terlibat rasuah.

"Sama ada Rafidah hendak bertanding atau tidak terserah kepada dia, kalau perwakilan kata Rafidah baik, pilihlah beliau, tetapi semua orang tahu bahawa saya tidak berapa suka dengan dia.

"Saya juga tidak boleh kata saya sokong pemimpin ini atau pemimpin itu, tetapi apa yang saya mahukan ialah tidak berlaku rasuah pada pemilihan nanti," ujar beliau.

Beliau mengulas keputusan Rafidah dan Shahrizat untuk bersaing merebut jawatan Ketua Wanita yang sekali gus melenyapkan pelan peralihan kepimpinan pergerakan itu pada Jun 2009 yang diumumkan Rafidah Ogos lalu.

Tambah beliau, perwakilan Wanita perlu memilih seseorang yang berkebolehan, tetapi jangan mengundi pemimpin kalau mendapat wang ataupun akan mendapat peruntukan daripada kementerian-kementerian tertentu nanti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.