saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 24/11/2008

Usaha terakhir gugat Somchai


sebahagian anggota kumpulan antikerajaan yang menghadiri perhimpunan besar-besaran di Rumah Kerajaan semalam sebagai persiapan untuk berarak ke bangunan Parlimen sewaktu sidang esok, dalam langkah yang digelar “pertempuran terakhir terhadap Somchai”. – AFP


BANGKOK 23 Nov. – Ribuan penunjuk perasaan hari ini mengadakan perhimpunan menjelang perarakan besar-besaran yang didakwa akan menjadi titik tolak terakhir dalam kempen enam bulan untuk menggulingkan kerajaan Thailand.

Seruan untuk demonstrasi terbaru itu dan perarakan ke Parlimen menjelang persidangannya esok dibuat selepas beberapa serangan ke atas Rumah Kerajaan iaitu Pejabat Perdana Menteri yang ditawan oleh penunjuk perasaan sejak lewat Ogos.

“Saya yakin dengan kekuatan rakyat. Kami pasti akan ke Parlimen,” kata ketua penunjuk perasaan antikerajaan, Chamlong Srimuang.

Media tempatan menyatakan bahawa perarakan tersebut dirancang diadakan esok.

Siaran televisyen Thailand menunjukkan pihak polis antirusuhan meletakkan sekatan di sekeliling bangunan Parlimen dan jentera bomba diletakkan di kawasan berhampiran.

Pegawai menyatakan, hampir 2,000 askar diarahkan bersiap sedia sekiranya pihak polis memerlukan bantuan bagi mengelakkan berlakunya pertumpahan darah di luar Parlimen.

Rusuhan pada bulan lalu yang meragut nyawa dua penunjuk perasaan dan sekitar 500 yang lain cedera.

“Perdana Menteri, Somchai Wongsawat telah meminta orang ramai agar menjauhi demonstrasi dan menyertai usaha mengepung bangunan Parlimen.

“Tentera telah menyiapkan 21 kompeni untuk membantu polis mengawal situasi tetapi kerajaan tidak akan menggunakan kekerasan atau senjata.

“Parlimen akan tetap bersidang seperti yang dirancangkan,” kata jurucakap kerajaan, Nattawut Saikuar.

Khamis lalu, seorang penunjuk perasan terbunuh sementara 29 yang lain cedera apabila sebutir bom roket meletup di halaman Rumah Kerajaan dan lapan lagi cedera semalam disebabkan serangan serupa.

Perikatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD) menuduh kerajaan bertanggungjawab di sebalik serangan itu dan menyeru penyokong untuk menyertai “pertempuran terakhir” menentang pentadbiran Somchai.

– AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.