saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 24/11/2008

Kewibawaan bapa dorong jadi pelajar cemerlang

JOHOR BAHRU 23 Nov. - Perasaan kagum dengan kewibawaan bapa dalam perkhidmatan tentera mendorong seorang graduan, Norazreen Zakaria, 22, untuk belajar bersungguh-sungguh hingga menjadi pelajar terbaik dalam program kerjasama dua universiti.

Norazreen muncul graduan terbaik program Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) apabila memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.78 dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer.

Menurut gadis dari Kuala Lumpur itu, adalah menjadi cita-citanya sejak dari kecil untuk menjadi seorang tentera seperti bapanya, Zakaria Yusof, 51, yang merupakan bekas komando.

Norazreen yang berpangkat Kapten dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberitahu, bukan perkara mudah untuk membahagikan masa antara mengulang kaji pelajaran dengan menjalani latihan ketenteraan.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Ijazah dan Diploma Program Kerjasama UTM dan UPNM di UTM, Skudai di sini semalam.

Menurut Norazreen, dia gemar mengulang kaji secara berkumpulan dengan menjadi ketua dan tenaga pengajar kepada rakan-rakannya.

Dia yang memperoleh Anugerah Dekan sebanyak enam semester memberitahu pendekatan itu diamalkan sejak zaman persekolahan lagi kerana lebih banyak ilmu baru akan diperoleh.

"Pada masa sama, jangan lupa menunaikan solat dan berdoa termasuk solat tahajud pada waktu malam," katanya yang akan ditempatkan di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur dalam Kor Perkhidmatan Am (Gaji).

Dalam pada itu, menurut seorang lagi graduan cemerlang, Mohd. Azmil A. Hashim, 24, dia terpaksa pelbagai cabaran sebelum berjaya menamatkan pengajian program kerjasama antara UPNM dan UTM itu.

"Selepas ini, saya akan ditempatkan di Rajimen Askar Melayu Diraja (RAMD) tetapi tempatnya masih belum ditetapkan," katanya yang menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan keputusan CGPA 3.22.

Secara keseluruhannya, seramai 1,484 graduan dari 20 buah kolej dan institusi pengajian tinggi swasta seluruh negara menerima ijazah dan diploma masing-masing di majlis tersebut.

Daripada jumlah itu, 259 menerima ijazah sarjana muda manakala 1,229 menerima diploma yang disampaikan oleh Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.