saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 24/11/2008

Dedah generasi muda dengan seni kaligrafi

SHAH ALAM 23 Nov. - Generasi muda perlu didedahkan dengan kaligrafi dari peringkat kanak-kanak supaya seni tulisan tangan itu tidak lenyap begitu sahaja berikutan teknologi moden yang menguasai kehidupan manusia masa kini.

Presiden Persatuan Kaligrafi Jepun, Profesor Fuad Kouchi Honda berkata, adalah sesuatu yang menyedihkan sekiranya tradisi tersebut tidak lagi mendapat tempat di kalangan orang Islam sendiri kerana kaligrafi adalah seni yang begitu halus dan unik.

Beliau memberitahu, seperti mempelajari muzik, bakat dalam kaligrafi mesti sentiasa diasah dari usia muda supaya dapat menimbulkan minat sekali gus berusaha mendalami ilmunya dengan lebih gigih.

"Tradisi kaligrafi seharusnya dipelajari oleh generasi muda supaya mereka dapat mengasah kemahiran," katanya yang mempelajari kaligrafi selama 22 tahun sebelum memperolehi ijazah daripada ahli kaligrafi Turki, Hassan Cheleby pada 2000.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis perasmian Pameran Kaligrafi Antarabangsa di Kompleks Taman Seni Islam Selangor di sini malam tadi.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Duta Besar Jepun ke Malaysia, Masahito Horie dan turut dihadiri Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa.

Fuad Kouichi merupakan antara penulis kaligrafi dari luar negara yang mengambil bahagian dalam pameran berkenaan yang berlangsung sehingga 31 Mac depan.

Seniman kaligrafi terkenal lain yang turut serta ialah Mahmud Buchari dari Indonesia dan Syed Reza Hashemi Nik dari Iran.

Pameran julung-julung kali tersebut dianjurkan bersama oleh Yayasan Restu dan Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya dengan disokong universiti dari Jepun iaitu Universiti Waseda, Universiti Tokyo, Universiti Kyoto, Toyo Bunko dan Institut Kemanusiaan Kebangsaan (Nihu).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Restu, Ahmad Ikram Hussain Abdul Mutalib menjelaskan, tujuan pameran adalah memberi pendedahan serta mendidik masyarakat untuk menyelami seni khat yang dihasilkan oleh seniman-seniman dari pelbagai latar budaya, bangsa dan negara.

Menurutnya, penganjuran sedemikian secara tidak langsung mampu menjulang nama negara sebagai pelopor kesenian Islam di rantau ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.