saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 26/11/2008

AJL23: Dominasi penyanyi realiti


BERTANDING… Sebahagian daripada penyanyi, komposer dan penulis lirik yang bakal bertanding di peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-23.


UNTUK ke sekian kalinya, pertandingan yang menyatukan ramai di kalangan komposer, penulis lirik dan artis-artis terkenal, Anugerah Juara Lagu (AJL) kembali menyemarakkan persada seni untuk edisi yang ke-23.

Selain dibarisi barisan komposer terkenal seperti M. Nasir, Adnan Abu Hassan, Ajai, Sharon Paul, Aidit Alfian, Audi Mok, Aubrey Siwito dan Tam (Spider), AJL23 juga turut mengetengahkan lagu-lagu ciptaan para komposer muda seperti Aizat, Estranged, Zetty dan Dior.

Bukan hanya komposer, malah penglibatan penyanyi juga boleh dikatakan hampir keseluruhan dibarisi oleh nama-nama baru terutamanya yang lahir dari program realiti TV.

Antara bintang-bintang realiti TV yang bakal menggegarkan pentas separuh akhir AJL23 ialah Mawi dan Heliza, Fazli Zainal, Aiman, Azfar, Faizal Tahir, Dina, Ayu, Nubhan, Dafi, Bob, Aizat, Mila, Fiq, Stacy dan The Lima.

Musim lalu, AJL22 menyaksikan kemenangan tidak diduga di mana kumpulan baru, Estranged yang mendendangkan lagu ciptaan mereka, Itu Kamu menjulang trofi juara pertandingan itu.

Apa yang membanggakan, penglibatan pertama kali mereka itu membuahkan hasil apabila dalam ramai komposer ternama yang bertanding, lagu ciptaan mereka berjaya di angkat sebagai lagu terbaik AJL22.

Ini jelas membuktikan tiada sebarang prejudis dalam menentukan lagu siapa yang terbaik biarpun penciptanya masih lagi hijau di lapangan penciptaan lagu.

Pengurus Penerbitan Hiburan, Primeworks Studio, Fadzliniza Zakaria pada sidang media peringkat separuh akhir pertandingan itu menjelaskan, tidak timbul isu yang melibatkan penyertaan artis realiti yang menyertai pertandingan tersebut.

Baginya, pertandingan realiti TV yang telah mula di ketengahkan sejak lebih 10 tahun lalu melahirkan ramai barisan artis pelapis yang kini telah mengukuhkan nama di persada seni.

"Rancangan realiti TV kalau kita tengok kebanyakan daripada Sinaran telah lebih 10 tahun dalam industri hiburan. Akademi Fantasia (AF) sendiri pun kini telah masuk ke musim yang keenam.

"Justeru, tiada isu tentang artis realiti sebab pertandingan ini lebih fokus kepada lagu," jelasnya.

Antara lagu-lagu yang berjaya disenaraikan ke pertandingan peringkat separuh akhir kategori Etnik Kreatif ialah Doa Dalam Lagu ciptaan Ajai, Songo (Edrie Hashim), Lambaian (Sang Dewi), Dusta Berkalang (Hafiz Hamidun) dan Persoalan Cinta (Julfekar).

Tidak ketinggalan ialah lagu ciptaan komposer M. Nasir iaitu Jarak Rindu, Panas (Cat Farish), Pujangga Merindu (Radeen Sri), Puteri Tarian Kasih (Adnan Abu Hassan) dan Mengharap Sinar (Dior & Khairafik).

Lagu-lagu peringkat separuh akhir kategori Etnik Kreatif bakal disiarkan secara langsung di TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pukul 9 malam pada 28 November ini.

Untuk kategori Balada sebanyak 12 buah lagu bakal berentap di peringkat separuh akhir kategori tersebut bagi merebut tempat ke pertandingan akhir AJL23 bakal di adakan pada 18 Januari 2009.

Lagu-lagu tersebut termasuklah dua lagu ciptaan Audi Mok iaitu Sampai Syurga dan Cuba, Bila Nak Saksi (Tam Spider), Dingin (Azlan Abu Hassan), Sejauh Ini (Sharon Paul), Teman Terulung (Azalea) dan Hanya Di Mercu (Aubrey Suwito).

Lima lagu lain yang turut dipertandingkan ialah Ada Untukmu ciptaan Zetty, Tanpa (Gjie), Bila Terasa Rindu (Edry Abd. Halim), Cinta Terhalang (Sharon Paul) dan Lagu Kita (Aizat).

Sementara bagi kategori Pop Rock pula, sebanyak 12 buah lagu dipertandingkan bakal berentap pada 12 Disember ini dan bakal disiarkan secara langsung di TV3 dari Plaza Alam Sentral, Shah Alam bermula pukul 9 malam.

Lagu-lagu yang disenaraikan untuk berentap pada separuh akhir AJL23 bagi kategori Pop Rock ialah Kalis Rindu ciptaan Aidit Alfian, Mila Bila Cinta (Audi Mok), Separuh Masa (Edry Abd. Halim), Bukti (Tony Iskandar), Cinta Si Rama-Rama (Edrie Hashim), Lagu Untukmu (Taja, Tass dan Lan), serta Yang Pernah (Estranged).

Tidak ketinggalan lagu Mabuk ciptaan Tam (Spider), Ku Merindu (Datuk Syed Elias Syed Ahmad), Aku Lebih Tahu (Ajai), Aku Stacy (Intan Norul Azlin) dan Rimas (Cat Farish).

Menurut Fadzli, lagu-lagu yang dipertandingkan untuk kategori Balada dan Pop Rock masing-masing sebanyak 12 buah lagu berbanding Etnik Kreatif yang mempertaruhkan 10 buah lagu.

"Tahun ini, kami menerima banyak penyertaan untuk kategori Balada dan Pop Rock. Sebab itu untuk yang bertanding pada peringkat separuh akhir nanti kategori Balada dan Pop Rock masing-masing mewakili 12 buah lagu.

"Lebih 300 buah lagu yang menghantar penyertaan untuk dua kategori tersebut bagaimanapun, yang layak dicalonkan di Muzik-Muzik hanyalah 200 sahaja.

"Lagu Etnik Kreatif pula, kita lihat industri sekarang menghasilkan lagu-lagu Etnik Kreatif berbanding beberapa tahun yang lalu. Sebab itu kategori ini sekarang nampak kurang menonjol dan lagu-lagu yang dipertandingkan untuk kategori tersebut di peringkat separuh akhir nanti hanya 10 buah lagu," kata Fadzli lagi.

Menurut Fadzli, jumlah penyertaan keseluruhan pada tahun ini mengalami sedikit penurunan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Mengakui faktor kelembapan industri yang kian meruncing merupakan salah satu punca berlakunya penyusutan tersebut, tambah Fadzli: "Mungkin juga disebabkan penutupan beberapa syarikat rakaman tahun ini mengurangkan jumlah penyertaan lagu-lagu pada tahun ini.

"Lagipun sekarang tak ramai artis yang lahir dengan album baru mereka lebih gemar buat single. Kerana itu, tidak banyak lagu yang diterbitkan sebaliknya seseorang artis lebih bergantung kepada dua hingga tiga buah lagu sahaja," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.