saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 26/11/2008

Sang Moo Doo tewas musuh tanpa senjata


SEORANG anggota Paskau menjatuhkan musuh sambil dua lagi memberikan perlindungan selepas merampas senjata milik penjahat.


SUATU pagi yang hening berhampiran Bukit Jugra, kelihatan tiga anggota Pasukan Khas Udara (Paskau) bergerak pantas ke arah sebuah bangunan usang.

Dengan pakaian serba hitam lengkap bersenjata, ketiga-tiga mereka merapati bangunan itu dengan senyap.

Maklumat risikan melaporkan terdapat sekumpulan pengganas paling dikehendaki menjadikannya sebagai markas.

Misi mereka adalah menumpaskan musuh di dalam yang jauh lebih ramai jumlahya. Namun, perbezaan tersebut tidak langsung menggentarkan mereka.

Sebaik tiba, mereka mula mengatur langkah. Dengan bantuan Sang Moo Doo, seorang musuh yang menjadi pengawal di luar bangunan berjaya ditumpaskan dengan mudah tanpa senjata.

Mereka kemudiannya merempuh masuk lalu menewaskan musuh di dalam tanpa sebutir peluru pun dimuntahkan daripada senjata masing-masing.

Bagaimanapun, sewaktu mengeledah dan memeriksa di dalam bangunan, tanpa disedari sekumpulan musuh lagi menyerbu masuk.

Melihat keadaan itu, kesemua anggota Paskau terus menyerah diri. Ditawan musuh bukan bermakna mereka tewas dan mereka perlu mengatur strategi baru.

Sebaik tiba waktu sesuai, sepantas kilat mereka bertindak balas. Sekali lagi, dengan pertolongan Sang Moo Doo, anggota-anggota Paskau berkenaan berjaya menewaskan musuh hanya dengan tangan kosong.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangannya Sang Moo Doo yang cukup tangkas menewaskan musuh tanpa senjata itu?

Pastinya beliau bukan calang-calang orang. Namun, Sang Moo Doo sebenarnya bukanlah manusia atau makhluk bernyawa.

Sang Moo Doo adalah seni mempertahankan diri tempur tanpa senjata (TTS) baru yang diperkenalkan oleh Paskau.

Kehebatannya dipertontonkan menerusi demonstrasi oleh anggota-anggota Paskau semasa program Sehari Bersama Media sempena jubli intan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Rejimen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Banting, Selangor, baru-baru ini.

Berbeza dengan TTS dalam ATM yang menjadikan taekwondo sebagai asas, Sang Moo Doo turut menyerap teknik-teknik seni mempertahankan diri yang lain.

Sang Moo Doo adalah gabungan teknik seni mempertahankan diri taekwondo, karate, judo dan aikido.

Justeru, mempelajari Sang Moo Doo pastinya bukan sesuatu yang sukar bagi anggota-anggota Paskau kerana mereka telah memiliki asas TTS.

Mereka yang dilengkapi ilmu Sang Moo Doo mampu menumpaskan musuh termasuk membunuhnya tanpa menggunakan sebarang senjata dalam sesuatu misi berbahaya.

Mereka juga berupaya mempertahankan diri daripada serangan musuh hanya dengan mengunakan anggota-anggota badan yang ada.

Pastinya dengan Sang Moo Doo, anggota-anggota Paskau lebih berkeupayaan untuk menghadapi apa juga kemungkinan sama ada ketika situasi menyelamatkan tebusan atau melepaskan diri semasa ditangkap atau ditawan musuh.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.