saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 27/11/2008

Krisis di Thailand makin meruncing


TERTEKAN... Beratus-ratus pelancong asing yang terkandas di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok, semalam menunggu bas untuk mengangkut mereka keluar dari lapangan terbang tersebut. Lapangan terbang itu ditutup ekoran beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan mengepung lapangan terbang tersebut sejak tiga hari lalu. (Gambar kecil) Seorang penunjuk perasaan antikerajaan cedera terkena letupan bom yang dilontar ke arah kumpulan penunjuk perasaan di Lapangan Terbang Suvarnabhumit, awal pagi semalam.- AP


BANGKOK 26 Nov – Krisis politik di Thailand semakin meruncing dengan penunjuk perasaan antikerajaan terus mengepung Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada hari ketiga hari ini, selain dicemari dengan kejadian tembakan dan beberapa letupan bom.

Seorang aktivis antikerajaan mati ditembak di Chiang Mai, utara Thailand oleh sekumpulan penyokong kerajaan, hari ini.

Menurut Leftenan Kolonel Atipol Thongdaeng, dalam kejadian tersebut, seorang lelaki dalam usia 50-an telah ditarik keluar dari keretanya, lalu ditembak dengan senjata api oleh sekumpulan yang dipercayai penyokong kerajaan.

“Kematian lelaki ini dipercayai dipercayai disebabkan anak mangsa yang juga aktivis antikerajaan terlibat mengendalikan sebuah stesen radio antikerajaan,” katanya.

Penunjuk perasaan yang dipimpin Pakatan Rakyat Bagi Demokrasi (PAD) menawan lapangan terbang tersebut bagi menghalang Perdana Menteri Somchai Wongsawat dari pulang ke tanah air.

Ia merupakan kompleks utama kedua yang ditawan penunjuk perasaan, tiga bulan selepas mereka mengambil alih Rumah Kerajaan, yang menempatkan pejabat Perdana Menteri.

Somchai dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Peru.

Sementara itu, sekurang-kurangnya tujuh orang cedera dalam tiga siri pengeboman kecil hari ini, termasuk di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Dua orang cedera dalam serangan bom tangan yang berlaku di lapangan terbang berharga AS$4 bilion (RM14 bilion) itu, awal pagi ini.

Letupan serupa berlaku di Lapangan Terbang Don Mueang yang kini menjadi pejabat sementara Perdana Menteri mengakibatkan dua orang cedera.

Tiga lagi cedera setelah dua bom tangan meletup ketika penyokong antikerajaan sedang berarak di jalan masuk lapangan terbang Don Mueang.

Pertempuran turut dilaporkan berlaku di sekitar bandar raya ini membabitkan penyokong PAD dan anggota keselamatan.

Sementara itu, Somchai dilaporkan selamat mendarat di Lapangan Terbang Chiang Mai pada pukul 6 petang (7 petang waktu Malaysia).

Sebaik-baik tiba Somchai berkata, beliau tidak dapat menerima cadangan Ketua Tentera Thailand Jeneral Anupong Paochinda yang meminta beliau membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya baru bagi menamatkan krisis politik yang telah berlanjutan berrbulan-bulan lamanya.

“Saya tidak dapat memenuhi permintaan pihak tentera supaya meletakkan jawatan dan mengadakan satu pilihan raya baru.

“Kerajaan saya telah dibentuk secara demokratik dan akan terus berkhidmat untuk kebaikan negara,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung melalui televisyen ke seluruh negara.

Reuters pula melaporkan, Somchai dijangka memanggil mesyuarat tergempar Kabinet esok bagi membincangkan langkah menangani tindakan penunjuk perasaan yang telah melanggar undang-undang.

– Agensi

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.