saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 28/11/2008

Somchai umum darurat

BANGKOK 27 Nov. - Perdana Menteri Thailand, Somchai Wongsawat hari ini mengisytiharkan perintah darurat di sekitar dua lapangan terbang di bandar raya ini yang kini dikuasai penyokong antikerajaan.

Keadaan darurat hanya dikuatkuasa di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dan Lapangan Terbang Don Mueang.

Somchai mengumumkan keputusan itu selepas satu mesyuarat khas Kabinet di Chiang Mai, ke utara Bangkok, hari ini.

Perintah darurat itu akan membenarkan tentera untuk bertindak mengawal keadaan, melarang perhimpunan melebihi lima orang dan melarang media daripada melaporkan berita yang mampu mencetuskan keadaan panik.

Somchai turut menggesa anggota tentera supaya jangan meninggalkan berek mereka, ketika timbul khabar angin mengenai rampasan kuasa tentera selepas protes antikerajaan di Bangkok menjadi bertambah ganas dan semakin merebak.

Jurucakap kerajaan, Nattawut Saikuar juga menyangkal khabar angin bahawa Somchai merancang untuk memecat Ketua Tentera, Jeneral Anupong Paochinda selepas jeneral itu semalam menggesa supaya Parlimen dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan bagi meredakan krisis politik di negara ini.

"Askar hendaklah terus berada di berek mereka dan Perdana Menteri tidak merancang untuk memecat sesiapa," kata Nattawut.

Tekanan makin meningkat ke atas tentera untuk melakukan campur tangan bagi mencegah kekacauan daripada menjadi bertambah buruk, selepas Somchai menolak desakan supaya beliau berundur.

Khabar angin pula tersebar luas di ibu kota bahawa tentera sedang bersiap sedia untuk melancarkan rampasan kuasa.

"Mereka (tentera) sudah 100 peratus berada dalam keadaan bersiap sedia (untuk merampas kuasa)," kata seorang bekas pegawai tinggi tentera.

Anupong telah berkali-kali menegaskan beliau tidak akan melancarkan rampasan kuasa kerana cara itu tidak akan menyelesaikan perbalahan politik di negara ini.

Namun, satu sumber tentera berkata, pegawai tertinggi tentera darat, laut dan udara bermesyuarat sehingga larut malam tadi untuk membahaskan sama ada mereka patut melancarkan rampasan kuasa atau percubaan rampasan kuasa ke-19 dalam tempoh 76 tahun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.