saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 29/11/2008

Pas gagal laksanakan agenda Islam di Selangor

SHAH ALAM 28 Nov. - Pas dianggap sebagai parti bermasalah dan tidak mampu melaksanakan agenda pembangunan Islam ekoran tindakan sekutu mereka, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah menidakkan peranan mereka dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, tanggapan tersebut dilihat tidak selari dengan perjuangan parti itu yang sebelum ini lantang bersuara dalam ceramah dan kempen di pelosok kampung ketika pilihan raya umum lalu.

Katanya, Pas menabur janji kepada rakyat Selangor kononnya mahu menegakkan syiar Islam di negeri ini tetapi janji berkenaan tidak membawa apa- apa makna kerana parti itu gagal melaksanakannya.

"Sebagai contoh, ada pemimpin Pas dalam sesi ceramah ketika pilihan raya lalu berjanji kepada rakyat akan menutup kilang arak termasuk membuat janji lain dalam sesuatu perkara yang kononnya tidak diberi perhatian oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Bagaimanapun, janji itu dibuat sebelum menang pilihan raya. Tetapi apabila Pas sudah menang, hendak laksanakan pengharaman arak di kawasan majoriti orang Islam pun mereka tidak mampu kerana suara mereka tidak dihiraukan oleh DAP dan PKR.

"Malah, Pas juga dilihat terlalu lemah dan takut untuk menyuarakan pandangan mereka kerana bimbang akan dibantah oleh DAP walaupun tindakan itu jelas bertentangan dengan dasar mereka yang mengaku sebagai parti yang memperjuangkan Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan kerajaan negeri pimpinan PKR menolak pelaksanaan peraturan membataskan jualan arak di negeri itu yang merupakan cadangan Pas.

Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa berkata, sekiranya hasrat Pas untuk menguatkuasakan pengharaman arak di Selangor gagal, maka sudah tentu imej dan kredibiliti parti itu terjejas dan mengecewakan.

"Jika permintaan Pas untuk melaksanakan pengharaman arak di sebuah kawasan pihak berkuasa tempatan yang 90 peratusnya orang Islam sudah ditolak sekutu mereka dengan alasan yang tidak masuk akal, bagaimana lagi parti ini hendak lakukan.

"Adakah mereka perlu terus berdiam diri dengan menjadi parti yang hipokrit," ujarnya.

Tambah Abdul Rahman, peraturan itu bukanlah perkara baru kerana semasa BN mentadbir negeri ini, kawasan majoriti orang Islam di bawah MBSA sudah memberi penekanan agar minuman keras dan aktiviti bertentangan dengan ajaran Islam diberi perhatian serius.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.