saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 29/11/2008

Pemergian Razali satu kerugian - PM

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Kematian Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail adalah satu kerugian kepada UMNO dan kementerian tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurutnya, Razali merupakan seorang yang berbakat dan telah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan baik.

Beliau turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang berpengalaman luas dan Ahli Parlimen yang berkaliber.

Katanya, sebagai timbalan menteri, Razali juga arif dengan dasar-dasar kementerian yang dipimpinnya itu.

"Beliau telah menunjukkan satu prestasi yang baik sebagai seorang timbalan menteri, mampu memahami dasar-dasar kerajaan dengan baik.

"Saya memang pun sentiasa menaruh harapan yang satu hari dia akan jadi Menteri Pelajaran. Tapi apa boleh buat, Tuhan telah mentakdirkan beliau meninggal dunia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia yang ke-29 di sini, malam ini.

Abdullah turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Katanya, beliau terkejut apabila dimaklumkan dengan berita tersebut.

"Saya terkejut apabila mendengar berita itu. Saya tidak pernah tahu bahawa beliau mempunyai sakit jantung," katanya.

Razali, 59, yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi, ketika sedang bermain badminton di institut itu.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.