saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/11/2008

CAR: Selangor lepas tangan

SHAH ALAM 29 Nov. - Kerajaan Selangor hari ini mengulangi pendiriannya untuk tidak campur tangan dalam isu projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Rawang sekiranya Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus mengikut pelan asal tanpa mempedulikan cadangan-cadangan alternatif yang pernah dikemukakan sebelum ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak harus dipersalahkan jika CAR gagal kerana TNB mempunyai kuasa mutlak ke atas kawasan terbabit dan pihaknya tidak pernah menghalang projek itu diteruskan.

Jelasnya, penglibatan kerajaan negeri dalam projek tersebut hanyalah bagi memastikan penduduk mendapat hak masing-masing dan tidak dianiaya.

"Oleh kerana projek ini adalah di bawah bidang kuasa TNB, kita sudah berjumpa Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Mansor dan meminta dia berjumpa sendiri penduduk bagi menyelesaikan sebarang masalah.

"Sekarang masalah ini tidak lagi melibatkan kerajaan negeri dan bukan kerja kita untuk menghalau penduduk terbabit dari rumah mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Mesra Rakyat di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai keengganan kerajaan campuran Selangor untuk menyelesaikan projek CAR di Sungai Terentang, Rawang bernilai RM400 juta yang masih gagal disiapkan sepenuhnya.

Sekiranya tidak diteruskan segera, Selangor, Kuala Lumpur dan sebahagian besar kawasan selatan pantai barat Semenanjung bakal berdepan risiko terputus bekalan elektrik dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang.

Sehingga kini, sebanyak 98 peratus daripada projek itu berjaya disiapkan dan hanya tinggal dua peratus atau satu kilometer sahaja lagi yang masih tergendala.

Penangguhan projek berkenaan hanya disebabkan 17 daripada lebih 200 keluarga masih berdegil untuk berpindah.

Abdul Khalid memberitahu, kerajaan negeri sebelum ini mengesyorkan supaya projek CAR diteruskan melalui dua kaedah iaitu dengan menanam kabel bawah tanah kerana ia tidak melibatkan pengambilalihan tanah dan penduduk boleh terus tinggal di situ tanpa perlu berpindah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.