saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 30/11/2008

Swinton wakil Asia


Aksi pasukan Black Swan Racing yang dinobatkan sebagai juara bagi Kelayakan Asia Piala Monsun Malaysia di Pulau Duyong, semalam.
- Gambar AZLAN BAHRUM


KUALA TERENGGANU - Pelayar Australia, Keith Swinton dari pasukan Black Swan Racing akan mewakili rantau Asia pada Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun Malaysia 2008 bulan depan apabila dinobatkan sebagai juara kelayakan Asia semalam.

Keith menempah tiket ke Piala Monsun Malaysia selepas menang tiga perlumbaan pusingan akhir menentang pelayar Jepun, Natsuki, Motoyoshi dari Orbit yang diadakan di Pulau Duyong di sini.

Sepanjang kejohanan yang bermula sejak Khamis lalu, Keith berjaya mengalahkan semua pencabarnya.

Marty Kaye yang memimpin pasukan Hong Kong pula memenangi tempat ketiga manakala pasukan Extreme dipimpin Hiroshi Miura berada di tempat keempat.

Perlumbaan yang berlangsung pagi semalam menyaksikan para pelayar berlumba dalam hujan dengan kekuatan angin antara 15 hingga 20 knot.

Keith ketika ditemui gembira dan bangga dengan keupayaan pasukannya sehingga membolehkan mereka mencapai kejayaan tersebut.

''Kekuatan angin yang kencang juga banyak membantu kami dalam mencari peluang dalam perlumbaan untuk mencapai kejayaan ini," katanya.

Pelayar Australia itu berkata, pengalaman mereka dalam pelbagai pertandingan kapal layar sepanjang tahun ini juga memberi kelebihan kepada pasukan itu.

''Kerjasama antara krew-krew kapal yang terjalin sepanjang tahun ini juga menyumbang kepada kejayaan ini," ujarnya.

Dia memberitahu, penyertaan dalam kejohanan kelayakan tersebut membolehkannya merangka strategi untuk muncul sebagai juara Piala Monsun Malaysia nanti.

Dalam pada itu, Bernama turut melaporkan kejohanan untuk kelayakan pasukan Asia itu menyaksikan angin monsun timur laut buat pertama kali menunjukkan 'diri' pada kejohanan yang sebelum ini tanpa kehadiran angin monsun sebenar.

Pagi semalam, angin berkelajuan sehingga 20 knot bertiup sehingga menyebabkan peserta termasuk pengadil terpaksa bertugas dalam keadaan angin kuat selain hujan yang melanda negeri itu sekarang.

Aksi Piala Monsun Malaysia 2008 akan bermula 3-7 Disember ini dengan Malaysia diwakili oleh Nurul Ain Md. Isa yang muncul juara pada sesi kelayakan Malaysia baru-baru ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.