saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/12/2008

Tsu Koon: PULAU PINANG

30 Nov. – Istilah ketuanan Melayu di negara ini tidak sesuai digunakan kerana ia menggambarkan seolah-olah seperti hubungan ‘tuan dengan hamba’, kata Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Dalam senario politik tanah air ujarnya, istilah tersebut boleh menimbulkan pelbagai tafsiran kepada semua pihak.

‘‘Kita perlu merujuk kepada Perlembagaan Malaysia di bawah Artikel 153 mengenai kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.

‘‘Ia turut menyatakan sekali hak-hak kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Majlis Ahli Seumur Hidup Gerakan di sini hari ini. Ia dipengerusikan oleh Penasihat Gerakan, Tun Dr. Lim Keng Yaik.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang mendakwa ketuanan Melayu tidak relevan lagi hari ini serta disokong oleh Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, kelmarin.

Sementara itu, Tsu Koon meminta semua pihak menjadikan Perlembagaan negara sebagai asas rujukan kerana segala perkara berkaitan dengan rakyat dan negara terkandung di dalamnya.

Katanya, kaum lain di negara ini sememangnya menghormati dan tidak menyangkal apa-apa yang terkandung dalam Perlembagaan negara itu.

‘‘Kita ikut apa yang terkandung di dalam Perlembagaan dan menerimanya sebagai dokumen rasmi yang diterima oleh semua pihak.

‘‘Sehubungan itu, lebih baik kita jangan guna perkataan ‘ketuanan Melayu’ kerana dikhuatiri ia mampu mencetuskan pertikaian. Tak perlulah kita gaduh-gaduh,” jelasnya.

Pada sidang akhbar yang sama, beliau menyuarakan pendapat agar isu tersebut tidak lagi digembar-gemburkan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perkara lain terutamanya mengenai krisis ekonomi.

Beliau turut mengajak rakyat merujuk kepada Perlembagaan negara kerana di dalamnya terkandung semangat prinsip Rukun Negara dan peristilahan Perlembagaan yang tidak perlu dipertikaikan lagi.

‘‘Saya merayu kepada semua agar tidak mempertikaikan lagi mengenai perkara ini dan menumpukan sepenuhnya kepada isu-isu lain seperti bagaimana untuk memantapkan ekonomi negara.

‘‘Apa-apa pun, jika timbul sebarang permasalahan, kita rujuk sahaja kepada Rukun Negara serta Perlembagaan,” tambahnya.Istilah ketuanan Melayu tak sesuai

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.