saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/12/2008

Mayat korban banjir ditemui terapung

KOTA BHARU 30 Nov. - Mayat korban banjir pertama di negeri ini, Nik Zulkifli Nik Kob, 26, yang dihanyutkan arus sungai pagi semalam, ditemui terapung di tebing Sungai Sokor, dekat Kuala Tiga, Tanah Merah pagi ini.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Supritendan Abdul Aziz Mahmud berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 10 pagi oleh penduduk kampung yang membantu operasi mencari.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat dan sudah diserahkan kepada keluarganya yang tinggal di Kuala Tiga.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi semalam ketika mangsa sedang mencari ikan bersama dua rakannya yang berusia 20-an.

Beliau berkata, ketika tiga rakan itu dalam perjalanan pulang mengharungi air sungai berkenaan, mangsa dikatakan dihanyutkan arus deras kerana tidak tahu berenang.

''Dua rakan mangsa sempat melepasi arus deras manakala mangsa terus dihanyutkan arus lalu hilang," katanya.

Menurut Aziz, rakannya yang menyedari mangsa hilang memberitahu penduduk kampung sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Tiga.

Beliau berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis dan pasukan bomba ke tempat kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat sejak petang semalam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.