saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/12/2008

Pembekal dibenar simpan stok lebih

KUALA TERENGGANU 30 Nov. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membenarkan pembekal dan pemborong di negeri ini menyimpan stok bekalan makanan 20 peratus melebihi jumlah yang dibenarkan sebagai persediaan menghadapi banjir.

Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Daud Tahir berkata, tindakan itu bagi mengelakkan berlaku krisis kekurangan bekalan makanan dan keperluan semasa musim banjir.

Bagaimanapun, jelasnya, langkah tersebut hanya berkuat kuasa sehingga 1 Februari 2009 membabitkan barang kawalan seperti beras, tepung, gula, minyak dan susu.

‘‘Setakat ini, bekalan makanan dan keperluan masih mencukupi. Bagaimanapun, langkah ini adalah untuk berjaga-jaga bagi mengelakkan bekalan terutama di kawasan pedalaman terputus.

‘‘Namun, jika hujan lebat masih berlarutan selepas Februari, kelulusan ini akan dilanjutkan,” katanya selepas membuat pemeriksaan harga barang sempena Kempen Penurunan Harga Barang Peringkat Negeri Terengganu di pasar raya Sabasun di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah KPDNHEP Terengganu, Mohd. Hilmi Mohd. Noor memberitahu, sebanyak 27 buah premis perniagaan di negeri ini menyertai kempen penurunan harga yang akan bermula esok.

Katanya, sebagai permulaan, kempen hanya melibatkan pasar raya besar dan kecil di kawasan bandar dan akan disusuli dengan kempen di kalangan pengusaha restoran pada minggu ketiga bulan Disember.

Menurutnya, di pasar raya Sabasun, sebanyak 200 barang keperluan termasuk makanan, pakaian dan peralatan rumah diturunkan harga sempena kempen berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.