saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/12/2008

Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak

TEMERLOH 30 Nov. - Penduduk Orang Asli Kuala Gandah, Lanchang dekat sini, berang dengan tindakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang yang melepaskan 3,000 ekor biawak di perkampungan mereka.

Ini kerana menurut mereka, tindakan Perhilitan itu menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk terbabit.

Ketua Kampung Orang Asli Kuala Ganadah, Batin Bak Raja Tin berkata, Perhilitan tidak sepatutnya melepaskan biawak tersebut di kampung itu yang berhampiran dengan Pusat Pemuliharaan Gajah.

‘‘Selain membaham haiwan ternakan, ada biawak yang didapati mati atas jalan raya akibat dilanggar kenderaan dan bau busuk sisa makanannya di sekitar kampung.

‘‘Ia boleh menjejaskan imej pusat pemuliharaan gajah tersebut kepada para pengunjung terutama pelancong luar negara,” kata Bak Raja kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bolok Hulu Sok, Mek Mohamad Jantan turut kesal dengan tindakan Perhilitan dan berharap perkara seumpama itu tidak akan berulang lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.