saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/12/2008

Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Mayat mendiang Hema Kassipillay , 51, rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang dan kemudiannya ditemui mati di bilik hotel yang diserang pengganas di Mumbai Rabu lepas akan dibawa balik ke Malaysia pada 11.55 malam ini.

Konsul Jeneral Malaysia di Mumbai, Wan Zaidi Wan Abdullah berkata, mayat mendiang telah dituntut oleh suaminya, K. Sivakumaran untuk dibawa pulang ke kediamannya di Bangsar di sini.

Menurutnya, mayat itu akan dibawa dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH195.

''Segala urusan berjalan dengan lancar setakat ini. Mayat mendiang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6 pagi esok,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mendiang Hema sebelum ini menginap di bilik bernombor 637 di tingkat enam Hotel Taj Mahal yang menjadi salah sebuah lokasi serangan kumpulan pengganas terbabit.

Tingkat enam bangunan itu dibakar oleh kumpulan pengganas semasa mereka menawan hotel berkenaan pada Rabu lepas.

Mayat Hema ditemui dalam keadaan terbakar oleh pasukan perubatan di dalam biliknya selepas unit elit komando India menyerbu hotel yang ditawan kumpulan pengganas terbabit.

Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sir Jamshedji Jeejibhai mendapati tidak terdapat sebarang kesan tembakan ditemui pada mayatnya.

Hema yang bekerja untuk sebuah syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur menginap di hotel itu semasa tiba di Mumbai untuk lawatan rasmi.

Hotel itu ditawan oleh pengganas pada hari kejadian, sehari selepas mendiang tiba dari Kuala Lumpur, sebelum dijadualkan kembali ke tanah air pada 5 Disember.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Zaidi berkata, semua 150 rakyat Malaysia di bandar raya itu berada dalam keadaan selamat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.