saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/12/2008

MAS bawa balik 750 dari Bangkok

BANGKOK 30 Nov. - Syarikat Malaysian Airline System Bhd. (MAS) melakukan tiga lagi penerbangan menyelamat hari ini dari lapangan terbang Utapao untuk membawa pulang kira-kira 750 penumpang yang terkandas ke Kuala Lumpur, termasuk seorang wanita yang mengalami strok ringan.

Pengurus kawasan MAS untuk Thailand, A. Vijakumaran berkata, wanita tersebut yang mengalami strok semasa menghadiri mesyuarat di Bangkok dibawa dengan ambulans ke lapangan terbang Utapao berhampiran Pattaya sebelum dibawa menaiki pesawat Boeing 747 MAS.

"Kita membuat persiapan yang perlu untuk membawanya pulang," katanya apabila dihubungi di lapangan terbang yang penuh sesak teruk itu, di mana 48 penerbangan berlepas dan mendarat dijadualkan hari ini.

Menurut Vijakumaran, dua penerbangan pertama menggunakan pesawat Airbus dan Boeing 737 yang penuh, manakala pesawat Boeing 747 membawa kira-kira 300 penumpang.

Katanya, lebih ramai penumpang tidak dapat menaiki pesawat Boeing 747 itu kerana kesukaran memasuki kawasan dewan berlepas selepas ia dututup oleh pihak tentera.

"Ia tersangat sesak di dalamnya dan anggota tentera menutup pintu untuk menyuraikan keadaan di kaunter check-in dan imigresen. Terdapat antara 800 hingga 900 penumpang daripada banyak penerbangan lain di terminal dan kita tidak boleh lagi melewatkan penerbangan," katanya.

Setakat ini, MAS berjaya menerbangkan lebih 1,300 penumpang yang terkandas yang kebanyakannya rakyat Malaysia, dengan menggunakan enam pesawat sejak Jumaat lepas apabila pangkalan tentera laut itu dibuka kepada penerbangan komersial selepas lapangan terbang Suvarnabhumi dan Don Muang diduduki penunjuk perasaan antikerajaan sejak enam hari lepas.

Sementara kebanyakan penumpang yang terkandas itu telah diterbangkan ke Kuala Lumpur, Vijayakumaran berkata, MAS akan melakukan dua penerbangan Isnin ini yang masing-masing akan berlepas pada 11.05 pagi dan 5.10 petang.

Beliau berkata, walaupun mengalami kesukaran untuk mendapatkan slot di sini, misi menyelamat adalah berjaya, kecuali semalam apabila penerbangan ketiga telah diarah berpatah balik ke Kuala Lumpur ekoran kesesakan di Utapao.

"Kita berterima kasih kepada pihak lapangan terbang Thai dan kakitangan kita yang bekerja 24 jam sejak beberapa hari lalu bagi membantu penumpang yang terkandas. Pejabat kita di Bangkok turut dibuka pada hari Ahad," katanya.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.