saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/12/2008

AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia akan menambah dua lagi penerbangan ihsan esok dan Selasa untuk membawa penumpangnya yang terkandas di Bangkok, Thailand ke Malaysia.

Kenyataan yang dikeluarkan AirAsia di sini hari ini memberitahu, penerbangan AK886D akan berlepas dari Terminal Tambang Murah (LCCT) Sepang pada 4.45 petang dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang U-tapao, Bangkok, pada pukul 5.30 petang waktu Thailand.

''Sementara itu, penerbangan dari U-tapao iaitu AK887D akan berlepas pada pukul 6 petang waktu Thailand dan mendarat di LCCT pada pukul 9.05 malam.

''Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang terkandas di Bangkok sejak beberapa hari lalu,'' menurut kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, penumpang akan diterima berdasarkan baki tempat duduk dengan pesawat Airbus 320 yang mampu memuatkan 180 penumpang.

Katanya, dengan tambahan penerbangan itu, AirAsia setakat ini mengadakan lima penerbangan ihsan ke Bangkok membawa pulang rakyat Malaysia.

''Semua penumpang yang terlibat sudah dimaklumkan melalui telefon dan penumpang yang ingin mengikuti penerbangan AirAsia ke U-tapao boleh menghubungi talian kecemasan 24 jam AirAsia di +6625159999 di Bangkok atau +603-86604554 di Malaysia.

''Penumpang yang tiba di U-tapao akan dibawa dengan bas secara percuma ke bandar raya Bangkok, manakala penumpang yang menaiki penerbangan pulang ke Malaysia akan diberikan kemudahan bas perantara dari Novotel Bangna Bangkok, 333 Jalan Srinakarin, Bangkok,'' tambah kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, memandangkan Lapangan Terbang U-tapao mempunyai kemudahan terhad, penumpang bagi penerbangan ke Kuala Lumpur perlu berhimpun di Novotel Bangna Bangkok pada pukul 10 pagi waktu Thailand bagi urusan daftar masuk.

''Penumpang dinasihatkan tidak pergi ke Lapangan Terbang U-tapao sendiri kerana kemudahan yang terhad di sana menyukarkan urusan daftar masuk pelanggan,'' kata kenyataan itu.

Kenyataan yang sama menambah, penumpang yang membeli insurans perjalanan AirAsia GoInsure Travel Protection dinasihatkan menghubungi talian bantuan perjalanan 24 jam AIG di nombor +603-27725622.

Talian tersebut adalah bagi bantuan penginapan atau membuat tuntutan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.