saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/12/2008

60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods


Mohd. Shafie Apdal menyampaikan bunga telur kepada kanak-kanak yang berkhatan semasa merasmikan Program Memasyarakatkan Seni Budaya: Perkasakan Perpaduan Bersama di Dataran Kota Long Jaafar, Bukit Gantang, Taiping, Perak, semalam.


TAIPING 30 Nov. – Pusat beli-belah terkemuka Harrods di London sudah mengenal pasti 60 peratus produk kraf tangan dari Malaysia untuk dijual di situ menjelang awal tahun depan.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, antara produk dipilih ialah batik dan songket yang mendapat perhatian pegawai-pegawai Harrods yang melihat barangan itu dalam beberapa acara pameran.

Beliau berkata, perjanjian untuk memasarkan produk kraftangan Malaysia di Harrods sudah ditandatangani antara pegawai syarikat itu dengan Perbadanan Kraftangan Malaysia menerusi Karyaneka Sdn. Bhd. (Karyaneka) baru-baru ini.

‘‘Usaha menjual kraftangan tempatan di Harrods merupakan satu langkah untuk memberi peluang perniagaan dan perusahaan kepada rakyat Malaysia, di samping menyumbang pendapatan kepada negara,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya: Perkasakan Perpaduan Bersama di Dataran Kota Long Jaafar, Bukit Gantang di sini hari ini.

Menurut Mohd. Shafie, pada peringkat permulaan tidak banyak produk kraf tangan dipasarkan kerana pihaknya perlu melihat selera pasaran di negara-negara Eropah.

Selain itu katanya, keupayaan untuk membekalkan barangan juga harus diambil kira sekiranya permintaan meningkat.

Bagaimanapun katanya, beliau amat yakin jenis dan jumlah produk kraf tangan dari Malaysia ke luar negara akan terus bertambah pada masa depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.