saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/12/2008

Tiada cili merah


Mohd. Salleh Maamor (dua dari kiri) meninjau masalah harga sayur di pasar Besar Alor Star, Kedah, semalam.


ALOR Star 30 Nov. – Ekoran kenaikan harga cili merah yang melambung tinggi di pasaran, peniaga di Pasar Besar Alor Star di sini hari ini enggan menjual cili kepada pengguna kerana tidak mahu menanggung kerugian.

Utusan Malaysia yang menyertai tinjauan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Mohd. Salleh Maamor dan Pengerusi Gerakan Pengguna Negeri (GPN), Datuk Yusuf Ismail mendapati tiada peniaga menjual cili merah di pasar itu kerana harga yang ditawarkan oleh pemborong terlalu mahal.

Menurut seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Ooi, harga cili merah melambung sehingga RM12 sekilogram minggu ini.

“Harga cili merah naik kerana musim hujan. Jika kami beli dengan harga RM12 sekilogram, kami terpaksa menjualnya kepada pelanggan dengan harga RM1.50 bagi satu gram untuk mendapat sedikit keuntungan. Kami juga sukar untuk mendapatkan bekalan sehingga tiada cili merah untuk dijual kepada pelanggan hari ini,” ujarnya ketika ditemui di Pasar Besar Alor Star di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan harga kebanyakan sayur seperti cili merah, kubis dan sebagainya di negeri ini naik mendadak walaupun harga minyak telah diturunkan lima kali dalam tahun ini.

Ooi berkata, mereka juga tidak mahu menanggung risiko dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa jika menjual cili merah pada harga yang mahal.

Dalam pada itu Mohd. Salleh berkata, pengguna perlu bijak membuat pilihan untuk membeli barang-barang makanan seperti sayur-sayuran dengan membuat perbandingan harga di pasar-pasar besar sebelum membelinya.

“Banyak pasar besar seperti Tesco, Giant dan sebagainya yang masih menawarkan harga yang berpatutan kepada pengguna.

“Jika barang keperluan seperti sayur-sayuran mahal di pasar basah, mereka boleh membelinya di pasar besar,” katanya.

Selain itu Mohd. Salleh menambah, pihaknya akan berbincang dengan pemborong sayur dalam masa terdekat bagi memastikan punca sebenar harga sayur-sayuran meningkat secara mendadak.

“Pihak kami menyasarkan tempoh tiga bulan bermula bulan ini bagi memastikan pihak pemborong dan peniaga menurunkan harga barang keperluan bagi meringankan beban pengguna.

“Kami berharap peniaga dapat menurunkan harga tanpa menggunakan sebarang alasan kerana harga minyak dunia telah turun, namun harga barang keperluan masih mahal,” ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.