saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/12/2008

Bantuan bina, baik pulih rumah naik

TUARAN 30 Nov. - Kadar bantuan bagi membina rumah rakyat termiskin di seluruh negara dinaikkan sehingga RM33,000 seunit di Semenanjung dan RM40,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, keputusan yang dibuat dalam mesyuarat jemaah menteri pada 1 Oktober lalu itu, turut meluluskan kadar baru bantuan baik pulih rumah sehingga RM11,000 di Semenanjung dan sehingga RM12,000 di Sabah dan Sarawak.

"Kadar baru itu akan memberi peluang kepada keluarga miskin tegar yang belum memiliki rumah, ibu atau bapa tunggal yang ramai tanggungan serta mangsa bencana dari kalangan keluarga miskin tegar mendapat rumah baru yang lebih baik termasuk menggantikan rumah kayu usang dengan rumah batu dan rumah separuh batu," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Kampung Mengkabung di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Noor; Setiausaha Bahagian Pembasmian Kemiskinan, Abdullah Embong; Pengarah Kemas Sabah, Kadri Ahmad dan Ketua Pemuda Tenom, Jamawi Jaafar.

Sempena lawatan di kampung berkenaan, beliau secara dasarnya bersetuju untuk memajukan semula kampung air tertua di Sabah itu.

Katanya, proses pembangunan semula kampung itu akan dijalankan secara berfasa-fasa selepas rundingan diadakan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Muhammad berkata, sekiranya dijalankan ia dijangka melibatkan pembinaan kira-kira 1,000 buah rumah baru melibatkan perbelanjaan kira-kira RM40 juta.

Berdasarkan kadar baru itu ujarnya, bantuan membina rumah dua bilik di Semenanjung kini RM29,300 manakala rumah tiga bilik ialah sehingga RM33,000 berbanding kadar lama iaitu antara RM20,300 seunit dan RM22,300 seunit.

Bagi Sabah dan Sarawak katanya, kadar baru bantuan bina rumah ialah RM33,000 seunit untuk rumah dua bilik dan RM40,000 seunit bagi rumah tiga bilik berbanding kadar lama iaitu RM22,300 hingga RM25,300 seunit.

Katanya, kadar baru bantuan kerajaan bagi membina seunit rumah di Semenanjung ditambah secara purata 50 peratus, di Sabah dan Sarawak sehingga 60 peratus.

"Bagi baik pulih rumah pula, tambahan bantuan menunjukkan peningkatan antara 33 peratus hingga 37 peratus berbanding kadar lama antara RM8,000 seunit di Semenanjung dan RM9,000 seunit di Sabah dan Sarawak serta Labuan," ujarnya.

Muhammad berkata, kadar itu akan diguna pakai dalam projek pembinaan rumah Program Bantuan Rumah di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat yang dikendalikan oleh kementeriannya.

Tambahnya, ia akan dapat membantu menghapuskan sepenuhnya kadar kemiskinan tegar di luar bandar menjelang 2010 dan mengurangkan kemiskinan negara daripada 5.7 peratus pada 2004 kepada 2.8 peratus menjelang 2010.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.