saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/12/2008

Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik


SALIM Jantan (kiri) bersama isterinya, Jauhariah Ahmad (kanan) serta anak mereka, Nor Erzah Fairanah yang mengalami masalah jantung di rumah mereka di Kampung Kuantan, Wangsa Maju, semalam.


KUALA LUMPUR 30 Nov. - Seorang ibu, Jauhariah Ahmad, 47, meminta bantuan kewangan daripada orang ramai untuk membiayai perbelanjaan perubatan penyakit suami dan anak perempuannya yang ditanggungnya selama ini.

Pembantu tadbir di Kementerian Pertahanan ini berkata, suaminya, Salim Jantan, 45, mengalami penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi sejak tiga bulan lalu manakala Nor Erzah Fairanah, 14, pula mengalami penyakit jantung berlubang.

Menurutnya, pendapatan bulanannya yang berjumlah kira-kira RM800 itu tidak cukup untuk membiayai perbelanjaan perubatan mereka berdua sedangkan kos rawatan berterusan diperlukan selain barangan keperluan harian.

''Suami saya adalah bekas tentera yang bersara awal dan kemudian bekerja sebagai pemandu teksi. Pada masa itu dia hanya mengalami penyakit darah tinggi dan kencing manis tetapi keadaan bertambah teruk dan menjejaskan buah pinggangnya.

''Belanja perubatan mereka berdua adalah termasuk rawatan hemodialisis tiga kali seminggu dan ubat-ubatan serta rawatan susulan yang memerlukan kami berulang-alik ke hospital," katanya.

Jauhariah berkata demikian selepas menerima bantuan barangan asas daripada Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Datin Ismalina Ismail di rumahnya di Kampung Kuantan, Gombak di sini hari ini.

Program Konvoi Menyusur Akar sempena Hari Raya Aidiladha anjuran Pergerakan Puteri UMNO cawangan Bandar Baru Wangsa Maju bertujuan meringankan tanggungan golongan ibu tunggal, warga emas dan keluarga susah.

Ibu kepada tiga anak ini berkata, wang simpanannya hampir kehabisan sedangkan masih memerlukan belanja bagi persekolahan dua lagi anaknya, Mohd. Akhmal, 15, dan Norrizatul Ain, 12.

Katanya, dia sanggup berkorban apa sahaja termasuk berhutang di kalangan sanak saudara dan rakan sekerja bagi memastikan kesihatan kedua-dua insan tersayang terjaga.

''Tiap-tiap hari saya berdoa agar suami dan anak semakin sihat dan berharap agar ada insan di luar sana yang sanggup membantu kami," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Jauhariah, boleh menyumbangkannya ke dalam akaun Bank Rakyat di nombor akaun 220191140719.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.