saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/12/2008

Empat kakitangan perpustakaan maut


Kenderaan Unser yang remuk setelah berlanggar dengan bas dalam kemalangan di Kilometer 107 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, semalam.


KUALA KRAI 30 Nov. - Empat kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan (PPANK) maut setelah kenderaan pelbagai guna (MPV), Unser yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 107 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, dekat sini, petang ini.

Mereka yang terbunuh dalam nahas ketika hujan, kira-kira pukul 4.20 petang itu ialah pemandu, Wan Mustafa Wan Mohamad, 56; Nik Farah Shanih Nik Baihasan, 33; Anidah Mohamed, 55 dan Munirah Mohamad, 44.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hanafi Abdul Rahim berkata, kesemua mereka tersepit dalam kenderaan yang remuk dan meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah.

Mereka dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu selepas berada di Kuala Lumpur Khamis lalu bagi menghadiri satu seminar.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila kenderaan yang dipandu oleh Wan Mustafa dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun kesemua 34 penumpang bas Ekspres Mutiara itu dan dua pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

''Setelah dikeluarkan, semua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai(HKK) untuk bedah siasat dan akan diserahkan kepada keluarganya selewat-lewatnya malam ini,'' katanya.

Berikutan kejadian itu, Abdul Rahim berkata, polis menahan dua pemandu bas terbabit yang berusia 35 dan 38 tahun untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Hasnah Mat Salleh, 56, isteri kepada Allahyarham Wan Mustafa memberitahu, suaminya bertolak ke Kuala Lumpur Khamis lalu dengan membawa tiga orang pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan.

Hasnah yang ditemui di bilik mayat Hospital Kuala Krai berkata, kali terakhir Allahyarham menghubunginya ialah pada pukul 9 pagi tadi bertanyakan sama ada jalan ke Kota Bharu masih boleh dilalui atau tidak.

''Namun Allahyarham kerap menghubungi saya semasa di Kuala Lumpur bertanyakan keadaan ibunya yang dimasukkan ke wad Hospital Machang semalam ekoran sakit tua,'' ujar ibu kepada lima orang anak itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.