saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/12/2008

Mayat mangsa bot karam ditemui

BESUT 30 Nov. - Mayat seorang daripada tiga mangsa bot yang tenggelam akibat dipukul ombak ketika berada di muara Sungai Kuala Besut semalam ditemui kira-kira pukul 7 pagi ini.

Mangsa, Nik Shamsul Azli Nik Kob, 30, dari Kampung Dalam Rhu, Semerak ditemui oleh penduduk terdampar di pantai Kampung Bunga kira-kira 600 meter dari tempat kejadian.

Jurucakap polis memberitahu, seorang lagi mangsa Mohd. Jefri Johari, 23, berasal dari Kampung Pengkalan Atap dekat sini pula dilaporkan berjaya menyelamatkan diri ke Pulau Perhentian.

Menurut jurucakap itu, Mohd. Jefri dikatakan berjaya berpaut pada sebatang buluh dan berenang sebelum dibantu oleh penduduk pulau itu yang ternampak mangsa terapung di laut.

''Seorang lagi mangsa, Mohd. Zaki Che Mat, 26, dari Kampung Pulau Perhentian dekat sini masih belum ditemui dan gerakan mencari masih diteruskan dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3),'' katanya di sini hari ini.

Menurutnya, bangkai bot yang dinaiki oleh ketiga-tiga mangsa ditemui oleh penduduk tersadai di satu kawasan pantai di Kampung Teluk Bayu kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, ketiga-tiga mangsa dikatakan menaiki sebuah bot kecil dari jeti Kuala Besut menuju ke Pulau Perhentian walaupun menyedari keadaan ombak besar.

Ketika berada di muara itu, bot mereka dikatakan dipukul ombak besar lalu berpusing beberapa kali menyebabkan mereka terpelanting keluar dan bot tenggelam perlahan-lahan.

Seorang penduduk yang melihat kejadian itu segera menghubungi polis dan gerakan mencari mangsa terus dilakukan sehingga hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.