saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/12/2008

Remaja mati lemas di lombong

TAMPIN 30 Nov. - Seorang remaja mati lemas setelah tergelincir ke dalam sebuah lombong berhampiran Kampung Orang Asli Ulu Pondoi di sini hari ini.

Menurut Pegawai Bomba dan Penyelamat daerah, Wahir Md. Yunus, kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Ishak Kuna, 18, yang berasal dari perkampungan tersebut, dikatakan sedang bekerja bersama dua rakannya di sekitar kawasan lombong terbabit.

Beliau berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat orang ramai pada pukul 9.42 pagi.

''Mayat mangsa dikeluarkan dari lombong kira-kira 40 minit kemudian," jelasnya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditemui, Ketua Polis daerah, Supritendan Zull Aznam Haron berkata, kejadian berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ujar beliau, pihak polis sedang mengumpul butiran bagi membantu siasatan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Sementara itu, menurut bapa mangsa, Kuna Sidek, 55, tragedi yang menimpa anaknya itu memang amat memilukan.

''Walaupun Ishak agak pendiam, dia seorang anak yang baik dan selalu membantu saya.

''Niatnya bekerja di lombong adalah untuk membantu keluarga. Namun, saya tidak pernah menyangka Ishak bakal menemui ajal di situ," katanya yang sebak menahan kesedihan ketika ditemui.

Kuna yang tiada di rumah semasa kejadian memberitahu, dia bergegas pulang dari Tebong di sini sebaik sahaja dimaklumkan oleh seorang anak saudaranya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.