saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/12/2008

Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang


Ramli Abdul Karim menyampaikan cek kepada Junaina Khamis, pemenang siri keempat Peraduan Susun & Menang di Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 30 Nov. - Cubaan pertama Junaina Khamis, 23, menyertai peraduan Susun & Menang anjuran akhbar Utusan Malaysia dan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) bagi siri keempat nyata membawa tuah kepadanya apabila terpilih sebagai pemenang terakhir.

Pelajar semester tujuh, jurusan Seni Bina Hiasan Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini menyifatkan kemenangan yang diperolehi sebagai satu kejutan kerana tidak terlalu berharap untuk menang.

''Saya benar-benar tidak menyangka percubaan pertama berjaya melayakkan saya sebagai pemenang terakhir walaupun mulanya menyertai peraduan sekadar suka-suka,'' katanya pada majlis penyampaian hadiah peraduan itu yang disampaikan oleh Ketua Meja Jenayah, Ramli Abdul Karim di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Bhd. di sini, baru-baru ini.

Jawapan tepat iaitu Sokol Space Suite bagi soalan siri terakhir peraduan yang diberikan melayakkan Junaina membawa pulang wang tunai RM1,000 selain peluang menikmati makan malam bersama Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.

Junaina juga begitu teruja untuk bertemu dengan Sheikh Muszaphar bersama tiga pemenang lain menerusi majlis makan malam itu kelak.

''Saya bertuah kerana peluang bertemu Angkasawan Negara itu secara dekat, jika bukan kerana terpilih sebagai pemenang, pastinya impian untuk makan semeja dengan beliau hanya tinggal angan-angan,'' katanya.

Peraduan yang berlangsung selama empat minggu itu diadakan bersempena dengan ulang tahun pertama Program Angkasawan Negara.

Selain itu, pemenang turut dibenar membawa seorang teman untuk menghadiri majlis makan malam bersama Angkasawan Negara yang dijangka diadakan pada bulan depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.