saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/12/2008

Sasaran sejuta ahli baru belia

KOTA KINABALU 30 Nov. - Kementerian Belia dan Sukan mensasarkan pertambahan bilangan ahli persatuan-persatuan belia di seluruh negara akan meningkat sekali ganda iaitu sebanyak sejuta keahlian baru menjelang akhir tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa ini hanya kira-kira sejuta belia di negara ini mendaftar sebagai ahli persatuan belia.

Menurutnya, bilangan itu hanya 10 peratus daripada kira-kira 11.6 juta belia di negara ini yang mendaftar dalam persatuan belia.

''Daripada segi penyelidikan yang kita buat, belia yang berpersatuan ini agak sukar dipengaruhi oleh perkara-perkara negatif, jadi sebab itu kita nak perbanyakkan ahli persatuan," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian cek bantuan program memperkasa Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sabah 2008 di sini semalam.

Turut hadir, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Datuk Fathul Razi.

Setakat ini, sebanyak RM373,000 telah diperuntukkan kepada Persatuan Belia di Sabah termasuk bantuan cek berjumlah RM205,000 kepada 60 persatuan belia yang disampaikan hari ini.

Menurutnya, sebanyak RM12 juta telah dibelanjakan di seluruh negara pada tahun ini bagi memperkasakan persatuan belia.

Katanya, dengan pertambahan peruntukan itu pelbagai aktiviti bagi memperkasakan belia dan menambah keahlian telah dirancang seperti kempen satu komuniti satu persatuan belia.

"Pada tahun depan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi memperkasakan persatuan belia," ujarnya.

Tambahnya, pada tahun depan juga kerajaan merancang mewujudkan kelab rakan muda yang melibatkan semua kaum dan etnik di seluruh negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.