saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 01/12/2008

Menteri India letak jawatan




NEW DELHI 30 Nov. - Menteri Dalam Negeri India, Shivraj Patil (gambar) meletakkan jawatan hari ini, untuk mengambil "tanggungjawab moral" ke atas serangan kumpulan militan di Mumbai.

Patil yang dikecam hebat oleh media kerana gagal menjamin keselamatan domestik menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Manmohan Singh hari ini.

Dalam suratnya, Patil menyatakan beliau berasa berkewajipan untuk mengambil "tanggungjawab moral" terhadap serangan yang meragut banyak nyawa itu, kata sumber di Kementerian Dalam Negeri.

Patil mengambil keputusan itu berikutan mesyuarat badan pembuat dasar tertinggi Parti Kongres malam tadi.

Menurut agensi Press Trust of India, Patil memberitahu mesyuarat tersebut bahawa beliau bersedia meletakkan jawatan jika tindakan itu akan membantu meredakan tekanan ke atas kerajaan pimpinan Parti Kongres.

Patil sebelum ini telah didesak supaya meletakkan jawatan ekoran beberapa serangan lain termasuk letupan-letupan bom di New Delhi pada September lalu dan di negeri Assam, timur laut negara ini pada Oktober lepas.

Penasihat Keselamatan Negara, M.K. Narayanan turut meletakkan jawatan berikutan keganasan itu.

Stesen-stesen televisyen NDTV dan Times Now melaporkan, Narayanan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Manmohan dan Perdana Menteri itu telah menerimanya.

Menurut seorang pembantu kanan Manmohan, "ramai anggota kanan kerajaan dijangka dipaksa meletakkan jawatan" berikutan serangan tersebut.

Sumber kerajaan berkata, Setiausaha Dalam Negeri, Ketua Perisikan Dalam Negeri dan Ketua Pengawal Pantai dijangka dipecat.

Sementara itu, angka korban serangan itu diturunkan kepada 172 orang, berbanding 195 orang yang dilaporkan sebelum ini.

Angka terbaru itu setelah mengambil kira pengiraan dua kali yang dibuat sebelum ini.

- AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.