saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 01/12/2008

Penumpang cari jalan lain

BANGKOK, 30 Nov. - Lapangan Terbang Utapao dekat Pattaya, satu-satunya lapangan terbang yang beroperasi, sesak teruk, manakala tiket kereta api ke Malaysia sehingga 10 Disember ini pula habis dijual, warga asing yang terkandas mula hilang sabar dan dompet juga semakin menipis ketika mereka mencari apa jua jenis pengangkutan untuk pulang ke tanah air masing- masing.

Terdapat hanya 48 penerbangan yang dijadual pada hari Ahad di Lapangan Terbang Utapao, meningkat daripada 18 penerbangan pada hari Sabtu, namun jauh berbeza berbanding 400 penerbangan harian di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dan Lapangan Terbang Don Muang yang ditutup berikutan kebanjiran beribu-ribu penunjuk perasaan.

Malaysia Airlines (MAS) menjadualkan tiga penerbangan hari ini. Satu daripada penerbangan MAS semalam terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur ekoran kesesakan di Utapao.

Kedutaan Malaysia di Bangkok menguruskan perjalanan dengan bas bagi penumpang yang terjejas yang mahu pulang ke tanah air menerusi Hatyai. Bas kedua berlepas dari Bangkok hari ini, manakala bahagian konsular dibuka pada Ahad bagi mengendalikan beratus-ratus warga asing yang ingin melakukan perjalanan ke Malaysia sebelum menaiki penerbangan sambungan dari sana.

Kekurangan tempat duduk menjadi masalah utama syarikat penerbangan dan lebih 100,000 penumpang terkandas, yang boleh meningkat sehingga lebih 300,000 orang dalam beberapa hari akan datang jika penutupan kedua-dua lapangan terbang itu berterusan.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.