saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 01/12/2008

Jemaah Palestin dihalang ke Mesir


Penduduk Palestin mengadakan tunjuk perasaan di hadapan pintu masuk ke Mesir di sempadan Rafah, sebagai membantah tindakan Mesir menghalang jemaah haji Palestin memasuki negara itu.
- Reuters


RAFAH 30 Nov. - Sekumpulan jemaah haji Palestin dihalang oleh pergerakan Hamas daripada meninggalkan Genting Gaza mengikut pintu sempadan ke Mesir, semalam.

Hamas yang menguasai wilayah tersebut dan seterunya, Parti Fatah yang memerintah Tebing Barat saling menuduh, sebagai punca jemaah haji itu tidak dibenarkan keluar.

Warga Palestin yang berharap untuk memasuki Arab Saudi minggu depan bagi mengerjakan haji berkata, polis Hamas mendirikan sekatan 300 meter dari pintu sempadan Rafah dengan Mesir dan mengarahkan mereka berpatah balik.

Pasukan keselamatan Hamas juga menghalang wartawan memasuki kawasan sempadan pekan ini.

Pegawai Hamas menyalahkan Mesir kerana didakwa tidak membuka pintu sempadan seperti yang dipersetujui, manakala Kaherah menegaskan pintu sempadan telah dibuka.

Masalah itu dipercayai berpunca daripada permusuhan antara Hamas dengan Fatah, serta dasar Arab Saudi berhubung pengeluaran visa untuk jemaah haji Palestin.

Di pekan ini, seorang jemaah haji, Abu Abdullah, 60, berkata: "Saya tidak menyebelahi Fatah dan tidak juga menyebelahi Hamas.

"Saya ingin beribadat kepada Allah dan menunaikan haji sebelum saya meninggal dunia."

Beliau menyuarakan rasa kesal kerana persengketaan antara kedua-dua puak Palestin itu telah merebak kepada soal agama.

Arab Saudi sebelum ini menyatakan bahawa visa hanya dikeluarkan kepada jemaah haji Palestin yang mendaftar diri dengan Pihak Berkuasa Palestin (PA) pimpinan Fatah di Tebing Barat.

- Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.