saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 01/12/2008

Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang

COTABATO 30 Nov. - Kumpulan terakhir pasukan pengaman dari Malaysia telah berlepas pulang dari selatan Filipina hari ini.

Perkembangan itu sekali gus menimbulkan keraguan mengenai prospek rundingan damai antara Manila dan pejuang Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Seramai 12 anggota Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) dari Malaysia, berlepas ke Kuala Lumpur menggunakan sebuah pesawat kargo tentera dari Mindanao selepas mandat mereka tamat hari ini.

Pada Mei lalu, seramai 21 anggota pengaman dari Malaysia telah pun pulang selepas tempoh mandat mereka berakhir.

"Sungguh gembira dapat pulang, tetapi rasa sedih bila terpaksa meninggalkan rakan-rakan. Kami berharap dapat kembali tetapi atas kapasiti berbeza.

"Saya berharap kerajaan Filipina dan MILF dapat menyambung semula rundingan damai," kata Ketua Misi, Laksamana Pertama, Amzah Sulaiman ketika ditemui sejurus sebelum berlepas pulang.

Malaysia telah menyertai IMT pada 2003 bagi memantau gencatan senjata antara kerajaan Filipina dengan MILF.

IMT turut dianggotai oleh Brunei, Libya dan Jepun yang akan meneruskan mandat mereka di Mindanao.

- AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.