saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 01/12/2008

Korban keganasan meningkat 500 orang

JOS 30 Nov. - Jumlah korban keganasan di Nigeria dalam rusuhan pilihan raya di negara ini sejak tiga hari lalu kini meningkat hampir 500 orang.

Bunyi tembakan sesekali kedengaran di bandar di tengah Nigeria ini hari ini apabila pasukan keselamatan cuba mencegah pertempuran berlarutan antara kumpulan penduduk Islam dan Kristian.

Kumpulan etnik dan agama yang bermusuhan telah bertindak membakar rumah, kedai, masjid dan gereja dalam pertempuran yang berpunca daripada keputusan pilihan raya tempatan yang dipertikaikan di bandar ini.

Kekacauan yang bermula kelmarin itu adalah yang terburuk di negara ini sejak 2004, apabila seramai 700 orang maut dalam pertempuran antara penduduk Islam dan Kristian di negeri Plateau.

Mayat

Ratusan penduduk berhimpun di luar masjid utama di sini di mana penduduk Islam membawa mangsa yang terkorban untuk urusan pengkebumian.

Imam masjid berkenaan, Sheikh Khalid Abubakar berkata, semalam sahaja lebih 300 mayat telah dibawa ke masjid tersebut, manakala 183 lagi mayat diletakkan dekat masjid untuk diuruskan.

Angka kematian dijangka lebih tinggi kerana penduduk Kristian yang terbunuh tidak mungkin dibawa ke masjid.

Askar yang berjalan kaki dan menaiki jip menjalankan rondaan untuk menguatkuasakan perintah berkurung 24 jam di kawasan yang paling teruk terjejas.

Persatuan Palang Merah melaporkan, kira-kira 7,000 penduduk telah melarikan diri dan kini berlindung di dalam bangunan kerajaan, berek tentera dan pusat agama.

Seorang pegawai polis berkata, lima kawasan kediaman terlibat dalam kekacauan itu dan 523 orang telah ditahan berikutan keganasan tersebut.

- Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.