saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 01/12/2008

Rakyat India selar pemimpin politik

NEW DELHI 30 Nov. - Rakyat India membidas pemimpin-pemimpin politik mereka selepas berakhirnya serangan militan yang membunuh hampir 200 orang di Mumbai.

Serangan itu sebahagiannya berpunca daripada perbalahan antara ahli politik dan kegagalan mereka melaksanakan kewajipan, kata penduduk.

Ketika komando India menembak mati anggota militan terakhir yang terbabit dalam serangan itu, stesen televisyen bukan sahaja membuat liputan serbuan itu tetapi turut menyiarkan kritikan pedas terhadap kerajaan campuran pimpinan Parti Kongres dan parti pembangkang, Parti Bharatiya Janata (BJP).

"Golongan itulah yang bertanggungjawab terhadap kegagalan sistem keselamatan.

"Bandar raya ini tidak akan menanggung kesengsaraan seperti ini jika tidak kerana sikap mereka yang cuai dan mengabaikan kewajipan," kata penulis dan kolumnis, Shoba De yang merupakan penduduk Mumbai, dalam satu program wawancara.

Peletakan jawatan Menteri Dalam Negeri, Shivraj Patil tidak cukup untuk meredakan kemarahan pengkritik.

Kerajaan pimpinan Kongres dipersalahkan kerana kelemahan sistem keselamatan yang membolehkan sekumpulan militan bersenjata lengkap menyeberangi laut untuk mendarat di Mumbai.

Pengkritik lain membidas parti nasionalis Hindu, BJP kerana cuba mengambil kesempatan politik daripada tragedi itu.

Pilihan raya kebangsaan dijadual diadakan pada Mei depan dan kedua-dua kem politik dilihat menggunakan serangan itu untuk kepentingan politik masing-masing sebelum pilihan raya negeri di Delhi semalam.

Tindakan itu mendapat kecaman kolumnis Hindustan Times, Vir Sanghvi.

"Kita sudah bosan dengan ahli politik yang menggunakan keganasan sebagai alasan untuk memancing undi.

"Kita sudah bosan dengan ketidakupayaan mereka. Pada kita, mereka semua sama sahaja," kata Sanghvi.

- Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.